Memaparkan catatan dengan label Terkini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terkini. Papar semua catatan

17 Sep 2013

couch mode print story

MegaStoon, Scam Or Not??

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sejak kebelakangan ini aku lihat ramai yang kongsikan link iklan dari advertiser yang bagi aku baru dalam dunai pengiklanan ini, syarikat yang aku maksudkan ialah MegaStoon. Mereka ini berkongsi link-link pengiklan di wall facebook masing-masing. Tak pasti sama ada mereka ini baru atau telah lama bertapak dalam dunia pengiklanan ini sebab sebelum ini aku tak pernah dengar lagi nama MegaStoon nie, so aku ada confius sikit.


Ramai juga yang dah mendaftar dengan mereka ini, daripada apa yang aku dengar, setiap klik yang terhasil dari link yang kita kongsikan akan dibayar sebanyak $2. Fuhh...serius banyak, kalaulah dapat kumpul 1000 klik, dah berapa dah income yang kita dapat. Aku pun dah mendaftar dengan mereka nie, lepas daftar terus sahaja dapat $15, kira bonuslah daftar dengan mereka. Lepas daftar , kongsikanlah link tersebut untuk generate seberapa banyak trafik yang boleh.

Sebenarnya aku tak berapa pasti sama ada MegaStoon nie scam atau tak, aku ada juga cuba search kat Google pasal MegaStoon nie, tapi aku masih belum jumpa lagi mana-mana statement kukuh yang mengatakan MegaStoon nie adalah scam, jadi aku ikut sahajalah permainan mereka nie, kalau kata benda nie scam, scamlah dia, pihak aku tak rugi apa-apapun, tetapi anda kata benda nie memang betul, Alhamdulillah rezeki.

screenshoot akaun megastoon aku
Jadi pada anda yang rasa benda nie memang boleh buat duit, cepat-cepatlah daftar dengan mereka, dan kalau rasa benda nie scam dan membuang masa anda semua, abaikan..tiada sesiapa yang memaksa anda. Aku?? tengoklah nanti, sama ada mereka nie bayar atau tak, akaun aku dah melebihi syarat minimum cashout $100, jadi tunggu sahajalah hujung bulan nie. kalau kata ada, adalah... kalau tidak, aku redha...dah memang bukan rezeki namanya. 









p/s:- belum terlambat rasanya aku nak ucapkan Selamat Hari Malaysia....

29 Jun 2013

couch mode print story

IPU Negara Bertambah Baik

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Alhamdulillah, sejak beberapa hari kebelakangan ini tahap kualiti udara bertambah baik selepas negara kita dilanda jerebu yang berpunca dari negara jiran. Sebelum ini bandar Muar dan juga Ledang di Johor di isytiharkan darurat oleh Perdana Menteri selepas bacaan IPU mencatatkan bacaan paling bahaya bagi penduduk di dua daerah berkenaan.


Aku yang menetap di Melaka juga terjejas teruk dengan situasi jerebu yang melanda. Dengan keadaan cuaca yang panas dan hujan yang tidak turun selama beberapa hari menambahkan lagi situasi buruk jerebu ini. Tahap penglihatan juga terhad dan boleh membahayakan pengguna jalan raya. Dan hari ini, alhamdulillah, jerebu semakin berkurangan dan keadaan sudah 90% bertambah baik. Cuma mungkin ada di sesetengah tempat yang masih lagi mengalami jerebu.

Aku harap pihak berkuasa Indonesia dapat menyelesaikan masalah pembakaran secara terbuka ini. Kalau di ikutkan, hampir setiap tahun kita dilanda masalah jerebu yang berpunca dari sikap tidak bertanggungjawab pekerja-pekerja ladang mereka. Semua perkara nak ambil mudah sampai menyusahkan orang lain. Be responsible ok!! Aku harap keadaan akan terus bertambah baik seperti sedia kala.




p/s :- boleh sambung jogging tiap-tiap petang selepas ini.....

26 Jun 2013

couch mode print story

Isu Penghinaan Islam Semakin Berleluasa

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Kebebasan bersuara melalui media sosial nampaknya semakin menjadi-jadi dengan pelbagai kenyataan dikeluarkan tanpa memikir kesan buruk melalui kenyataan yang dibuat. Terbaru, Sally Yen secara terang-terangan mengutuk dan menghina agama Islam melalui akaun Facebook miliknya. Isu yang dikeluarkan bukan boleh dipandang remeh kerana ianya membabitkan agama.

Dibawah adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Sally Yen di akaun facebook miliknya. 


.

Aku kurang pasti apa tujuan sebenar disebalik kenyataan yang dikeluarkan oleh Sally Yen. Seharusnya dia lebih peka dengan isu yang bagi aku sangat sensitif kerana ini adalah Malaysia dan agama rasmi kita adalah Islam. kenapa perlu mengeluarkan kenyataan seperti itu yang boleh dilihat oleh semua individu?

Sebelum ini pun, ada beberapa isu menghina agama yang dikeluarkan oleh individu-individu lain. Aku harap akan ada tindakan ke atas individu tersebut memandangkan ianya isu yang membabitkan agama Islam, jangan sesekali kita berlembut terhadap mereka kerana pasti akan ada lagi kenyataan sebegini yang keluar dari individu lain pula. 

5 Mac 2013

couch mode print story

Pasukan Keselamatan Gempur Penceroboh Secara Besar-Besaran

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sehingga ke hari ini krisis yang berlaku di Lahad Datu, Sabah masih lagi berterusan apabila semua rundingan yang dilakukan gagal mencapai kata sepakat. Dengan kedegilan penceroboh bersenjata yang berkeras tidak mahu berundur dari Sabah, pihak pasukan keselamatan terpaksa mengambil jalan akhir dengan melancarkan serangan ofensif pada pukul 7.00 pagi tadi.

Gambar: LAHAD DATU: KENYATAAN MEDIA KPN

Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.

Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.

Serangan yang menyasarkan kubu utama tentera penceroboh dimulakan dengan serangan dari udara oleh TUDM menggunakan pesawat pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh tentera darat. Sehingga kini, pihak penceroboh masih lagi memberikan tentangan dengan beberapa tembakan dilepaskan. Buat masa ini proses 'mopping up' dan penggeledahan sedang dilakukan oleh anggota keselamatan kita, tiada sebarang kemalangan dan kecederaan dilaporkan dari anggota kita. 

Buat waktu ini, operasi pembersihan sedang dijalankan oleh pasukan keselamatan sejurus serangan fasa pertama awal pagi tadi. Berikut merupakan kenyataan media oleh Ketua Polis Negara, mengenai situasi semasa Ops Sulu di Lahad Datu, Sabah.


Sama-sama kita doakan keselamatan dan kemenangan barisan pejuang negara kita yang kini sedang bertarung di medan peperangan demi menjaga keamanan negara dari penceroboh yang tidak diundang.

4 Mac 2013

couch mode print story

Krisis Lahad Datu - Perintah Eksekutif Dikeluarkan - ATM Ambil Alih

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Seperti yang kita semua maklum, krisis pencerobohan tentera bersenjata di Lahad Datu, Sabah semakin memuncak apabila seorang lagi anggota keselamatan kita terbunuh dalam satu serangan hendap di kampung Sri jaya, Siminul, Semporna, Sabah. Ini menjadikan jumlah anggota keselamatan kita yang terbunuh meningkat kepada enam orang. Enam tentera penceroboh juga maut dalam kejadian di perkampungan atas air itu.


Difahamkan, Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) kini mengambil alih sepenuhnya krisis yang berlaku di sana dengan segala pintu rundingan ditutup. Arahan ialah HAPUS MUSUH. Dengan lapan anggota keselamatan kita yang terkorban dalam krisis ini, aku harap tidak akan ada lagi anggota kita yang terkorban. 


Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan anggota kita yang berjuang mempertahankan tanahair tercinta ini. Semoga segalanya akan tamat dengan segera dan mengembalikan kemakmuran negara.