Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

5 Mac 2013

couch mode print story

Pasukan Keselamatan Gempur Penceroboh Secara Besar-Besaran

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sehingga ke hari ini krisis yang berlaku di Lahad Datu, Sabah masih lagi berterusan apabila semua rundingan yang dilakukan gagal mencapai kata sepakat. Dengan kedegilan penceroboh bersenjata yang berkeras tidak mahu berundur dari Sabah, pihak pasukan keselamatan terpaksa mengambil jalan akhir dengan melancarkan serangan ofensif pada pukul 7.00 pagi tadi.

Gambar: LAHAD DATU: KENYATAAN MEDIA KPN

Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.

Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.

Serangan yang menyasarkan kubu utama tentera penceroboh dimulakan dengan serangan dari udara oleh TUDM menggunakan pesawat pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh tentera darat. Sehingga kini, pihak penceroboh masih lagi memberikan tentangan dengan beberapa tembakan dilepaskan. Buat masa ini proses 'mopping up' dan penggeledahan sedang dilakukan oleh anggota keselamatan kita, tiada sebarang kemalangan dan kecederaan dilaporkan dari anggota kita. 

Buat waktu ini, operasi pembersihan sedang dijalankan oleh pasukan keselamatan sejurus serangan fasa pertama awal pagi tadi. Berikut merupakan kenyataan media oleh Ketua Polis Negara, mengenai situasi semasa Ops Sulu di Lahad Datu, Sabah.


Sama-sama kita doakan keselamatan dan kemenangan barisan pejuang negara kita yang kini sedang bertarung di medan peperangan demi menjaga keamanan negara dari penceroboh yang tidak diundang.

4 Mac 2013

couch mode print story

Krisis Lahad Datu - Perintah Eksekutif Dikeluarkan - ATM Ambil Alih

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Seperti yang kita semua maklum, krisis pencerobohan tentera bersenjata di Lahad Datu, Sabah semakin memuncak apabila seorang lagi anggota keselamatan kita terbunuh dalam satu serangan hendap di kampung Sri jaya, Siminul, Semporna, Sabah. Ini menjadikan jumlah anggota keselamatan kita yang terbunuh meningkat kepada enam orang. Enam tentera penceroboh juga maut dalam kejadian di perkampungan atas air itu.


Difahamkan, Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) kini mengambil alih sepenuhnya krisis yang berlaku di sana dengan segala pintu rundingan ditutup. Arahan ialah HAPUS MUSUH. Dengan lapan anggota keselamatan kita yang terkorban dalam krisis ini, aku harap tidak akan ada lagi anggota kita yang terkorban. 


Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan anggota kita yang berjuang mempertahankan tanahair tercinta ini. Semoga segalanya akan tamat dengan segera dan mengembalikan kemakmuran negara.

17 Jan 2013

couch mode print story

Patrick Teoh Akhirnya Mohon Maaf

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Seperti yang aku jangkakan, selepas mendapat kecaman dan cacian  di semua laman sosial dan blog, akhirnya Patrick Teoh mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka mengenai isu menghina agama yang ditimbulkan oleh Patrick sendiri sebelum ini.

Susulan dari itu, Patrick telah pun memadam kenyataanya di Facebook milik beliau dan memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia. 

patrick teoh hina islam

patrick teoh hina islam

Semoga apa yang terjadi ini akan menjadi pengajaran buat individu lain supaya tidak sesekali mempersendakan agama bangsa lain. Di Malaysia kita hidup dalam pelbagai bangsa, budaya dan agama jadi berfikirlah dahulu  sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.



16 Jan 2013

couch mode print story

Kenyataan Biadap Patrick Teoh Terhadap Islam Dan Al-Quran

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sungguh, aku benar-benar tersinggung dengan kenyatan biadap yang keluar dari orang yang mempunyai pengaruhnya sendiri iaitu Patrick Teoh. Kenyataan yang terang-terang mengutuk umat Islam. Apa masalahnya sehingga perlu mengheret isu agama dalam hal yang remeh ini?? mana hilangnya rasa hormat dia terhadap sesebuah agama??

Aku yakin pasti ramai yang akan mendesak Patrick Teoh untuk menarik balik kenyataan yang dibuat di laman facebok milik beliau. Tetapi sampai bila?? adakah dengan meminta maaf sahaja akan memulihkan kembali keadaan?? mana hilangnya kesucian agama Islam?? bukan niat aku nak membangkitkan kemarahan pada yang lain, tetapi janganlah sesekali mempermainkan isu agama yang sememangnya amat sensitif bagi semua kaum. Setiap manusia perlu tahu akan batas untuk bersuara.

Gambar yang dikongsi melalui akaun twitter milik Dato' Ac Mizal ( @datoacmizal )


-->