Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Seperti yang aku jangkakan, selepas mendapat kecaman dan cacian di semua laman sosial dan blog, akhirnya Patrick Teoh mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka mengenai isu menghina agama yang ditimbulkan oleh Patrick sendiri sebelum ini.
Susulan dari itu, Patrick telah pun memadam kenyataanya di Facebook milik beliau dan memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia.
Semoga apa yang terjadi ini akan menjadi pengajaran buat individu lain supaya tidak sesekali mempersendakan agama bangsa lain. Di Malaysia kita hidup dalam pelbagai bangsa, budaya dan agama jadi berfikirlah dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.
In Islam , Semasa , Umum