16 Feb 2013

couch mode print story

Buat Duit Dengan Yllix Media

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sehingga ke hari ini ( entri ini ditulis ) Google Adsense masih lagi belum menerima blog berbahasa Melayu di dalam program mereka. Kalau anda semua tanya pada aku kenapa, aku tidak mempunyai jawapan yang anda semua inginkan. Entahlah, kenapa dan mengapa mereka masih belum menerima lagi blog berbahasa Melayu di dalam program mereka. Yang pasti hanya pihak Google sahaja yang tahu. 

Pada mereka yang masih lagi gagal mendapatkan akaun adsense, teruskanlah memohon dengan menggunakan blog berbahasa Inggeris, sekiranya akaun anda diluluskan anda boleh meletakkaan iklan adsense di blog bahasa Melayu juga. Ianya bukan satu kesalahan di dalam program adsense ini jika anda meletakkan iklan mereka di blog bahasa Melayu.

Baiklah, apa kata anda lupakan seketika program adsense. Banyak lagi sebenarnya program yang anda boleh sertai untuk menjana pendapatan dari blog. Disini aku nak kongsikan pada anda semua salah satu program yang boleh anda sertai dan program ini menerima blog di dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu. Program yang aku maksudkan ialah Yllix Media. 


Yllix Media merupakan salah satu program pengiklanan terbaru yang mula beroperasi pada Oktober 2012 dan berpengkalan di Panama. Program ini menyediakan pelbagai jenis iklan untuk dipaparkan di blog anda. Antara bentuk iklan yang disediakan ialah :-

- Banner 300x250, 728x90, 468x60, 120x600, 160x600
- PrePop, PopUp 
- PopUnder ad formats.

Aku galakkan anda semua menggunakan iklan berbentuk banner sahaja kerana iklan berbentuk Pop Up akan melambatkan masa loading blog anda dan pembaca blog mungkin kurang selesa dengan iklan jenis Pop Up ini. Tetapi terpulang kepada anda sendiri untuk meletakkan jenis iklan di blog anda. Setiap orang ada citarasa masing-masing, itu yang pasti. 

Yllix Media membayar setiap ahlinya pada setiap minggu ( Jumaat ) dengan beberapa cara pembayaran seperti Paypal, Payza, Liberty Riserve dan juga Wire Transfer. Minimum pengeluaran adalah $1.00 sahaja dan caj pengeluaran sebanyak $0.50 akan dikenakan jika pengeluaran dibawah $10.00. Bagi pembayaran secara Wire Transfer, minimum pengeluaran adalah sebanyak $100.00.

Daripada apa yang aku perhatikan dengan program ini, pihak pengiklan mereka terdiri dari syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Apple, Coca Cola, Rolex, Amazon mahupun pihak Google sendiri. Jadi baik rasanya jika anda semua mengambil peluang untuk buat duit dengan program ini.

Untukpengetahuan anda juga, program ini tidak meletakkan syarat-syarat tertentu untuk anda sertai, yang penting anda mempunyai blog sahaja walaupun blog itu baru dibina. Sebagai ingatan, semasa pendaftaran pihak Yllix Media meminta anda meletakkan nombor telefon anda untuk mereka menghantar kod pengesahan terus kepada anda, jadi masukkan nombor sebenar anda. Kod yang dihantar kepada anda akan digunakan semasa pengesahan akaun anda nanti.

Bagi anda yang masih lagi tercari-cari peluang untuk buat duit di internet apa kata anda sertai program Yllix Media ini. Semoga apa yang aku kongsikan ini mampu membantu anda diluar sana. Sebuah perkongsian.....






1 ulasan :


  1. Dikehendaki Segera Pengurus Email (Seluruh Malaysia)

    Kami sedang mencari sesiapa yang mahu berkerja mengurus
    email di rumah. Anda dibayar RM90 setiap kerja email yang
    berjaya dilaksanakan. Kerja pengurusan email ini sangat
    mudah dilakukan untuk menambahkan pendapatan di waktu
    lapang. Memerlukan komputer dan keinginan menjana pendapatan
    lumayan.

    Untuk maklumat lanjut: http://bozzv6.net/pengurusemail7475

    - Tawaran: Seluruh Malaysia
    - Pendapatan: RM90 per email job
    - SMS: Puan Masnah 0127473549

    BalasPadam