Memaparkan catatan dengan label ppc program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ppc program. Papar semua catatan

3 Feb 2014

couch mode print story

Bagaimana Submit Blog Di H12 Media

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Masih lagi berkisahkan Buat Duit Dengan H12 Media, kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua bagaimana hendak submit blog pada mereka. Masih ada lagi sebenarnya yang keliru bagaimana hendak submit blog, jadi kali ini aku cuba terangkan dengan serba ringkas bagaimana anda hendak add website selepas selesai mendaftar dengan H12 Media.



Apa yang perlu anda lakukan ialah :-

1 - Selepas selesai proses pendaftaran, anda klik bahagian " Website " di publisher control panel anda.

2 - Masukkan url blog anda, masukkan link url secara penuh seperti contoh yang disediakan.

3 - Step ke-3 ini sebenarnya terpulang pada anda sendiri samada cara yang pertama atau kedua, dalam tutorial ini aku pilih cara yang pertama, sebab aku gunakan platform Blogspot, jadi lebih mudah.

4 - Copy kod meta yang diberikan oleh pihak H12 Media kedalam blog anda, pastikan anda letakkan di ruangan meta blog anda, sama tempatnya di mana anda letakkan meta tag, meta keyword, dan sebagainya. 

5 - Jangan lupa klik di dalam kotak yang menandakan anda bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak H12 Media.

6 - Langkah terakhir sekali, klik untuk submit blog anda pada mereka. Selesai. Anda hanya perlu menunggu email dari mereka yang menyatakan samada blog anda diterima atau tidak, itu sahaja.

Proses meletakkan kod meta yang diberikan oleh mereka ini sebenarnya adalah untuk memastikan yang anda adalah pemilik blog tersebut disamping untuk pihak mereka membuat "tracking" mana-mana blog yang melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh mereka, itu sahaja.

Aku harap dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang masih lagi kurang faham bagaimana hendak submit blog pada mereka. Pada yang rasa nak join dalam program ini boleh daftar di sini.


29 Jan 2014

couch mode print story

Buat Duit Dengan H12 Media

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Ok, aku agak sibuk sejak kebelakangan ini, jadi masa aku nak memerah idea menulis blog agak terhad sekali. Untuk tahun ini, aku dah setup satu blog yang akan aku usahakan sehabis baik. Target aku ialah untuk tarik pembaca di blog tersebut, kemudian aku akan cuba bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan dengan niche blog tersebut. 


Untuk kali ini, blog baru aku ini akan diuruskan dalam satu kumpulan, yang mana aku rasa bergerak dalam satu pasukan lebih baik kot. Jadi, macam-macam idea dan pendapat yang terhasil melalui kerja berkumpulan ini.

Baiklah, bukan nak bercerita mengenai blog baru aku sebenarnya, cuma entri kali ini aku nak ajak korang semua mencuba salah satu program pengiklanan. Mungkin ada yang sudah tahu akan program ini, mungkin juga ada yang belum tahu lagi macam aku, aku sebenarnya pun baru tahu program ini. Program yang aku maksudkan ialah H12 Media.

H12-Media is a company that focused on some rich kind of advertising banner models for publishers and advertisement agencies. 
We are giving two different services to two different partnership models:
  • Publishers
  • Agencies
For publishers, our purpose is increasing their revenues from their websites. We are trying to do this by providing them some creative ways such as sliding banners, fixed position banners or on-video banners. 
While boosting their revenues with theese models, we also offer standart banner types such as 468x60, 728x90, 300x250 etc. for publishers. 
While doing this job, we offer weekly payments for our publishers in order to create a confidence between them. We are looking for long term partnership always, and confidence between H12-Media and it's publishers is the most important matter. 
For agencies, we give them ability to use our system. We offer agencies a control panel to manage their publishers, change banner tags and run reports. While agencies get the ability of serving sliding banners, fixed position banners or on-video banners for their publishers, agencies and of course their publishers make more revenue. 
We apply a CPM based pricing model for agencies. If you are an agency please contact us for details. 
We are here with our services since December 2012 

Dah lama rupanya program ini wujud, dan sehingga sekarang mereka masih lagi beroperasi, jadi masalah scam tidak wujud disini.

Pembayaran dibuat melalui dua cara iaitu Paypal dan juga Wire Tranfer. Pada yang belum mempunyai akaun Paypal bolehlah buat satu akaun Paypal di sini.

Pada yang rasa, nak cuba buat duit dengan program H12 Media ini, bolehlah mendaftar di sini. DAFTAR


15 Jan 2014

couch mode print story

Buat Duit Dengan Geniee

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sebelum ini ramai blogger yang bercerita tentang Geniee, sebuah program pengiklanan yang mana sebelum ini mereka hanya menawarkan kerjasama kepada blog-blog terpilih sahaja. Jadi kalau nak turut serta dalam program mereka memang kena tunggulah offer dari mereka.

Namun, sekarang ini pihak Geniee telah pun membuka program mereka kepada umum yang mana anda semua boleh sertai mereka dengan syarat blog anda mestilah melepasi syarat-syarat yang ditetapkan. Jadi, di sini anda semua boleh cuba submit blog anda kepada mereka.

Pada yang berminat, anda boleh daftar disini. Klik Sini


Isikan semua maklumat yang diperlukan oleh pihak Geniee, kemudian dalam ruangan Notes masukkan kod 1544. (seperti dalam gambar diatas)

Submitkan borang permohonan pada mereka, selesai. Sekiranya blog anda melepasi segala syarat-syarat yang ditetapkan, satu email pemberitahuan akan dihantar kepada anda menyatakan blog anda telah diapproved oleh mereka. Bila dah dapat email macam itu, apa lagi mulakan langkah anda untuk menjana pendapatan dengan Geniee. 

Semoga tahun baru ini, pendapatan anda dari blog akan lebih bertambah lagi berbanding tahun-tahun sebelumnya.



31 Dis 2013

couch mode print story

Payment Ke-2 Dari Yllix Media

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Alhamdulillah, bila dah lama tak online, masih ada juga rezeki  untuk aku apabila program Yllix Media yang pernah aku ceritakan dalam blog ini pada entri yang lepas membayar aku untuk kali yang kedua. Sebelum ini aku telahpun mendapat bayaran pertama dari mereka setelah hampir dua minggu aku join program mereka. 


Melihatkan pada jumlah bayaran yang aku terima, amaun kali ini agak rendah berbanding sebelum ini, mungkin faktor trafik dari blog memainkan peranan penting dalam menghasilkan pendapatan dari Yllix Media ini kerana blog ini sekarang sudah tidak memaparkan lagi iklan dari Yllix Media bagi memberi ruang iklan Komli pula. Iklan dari Yllix Media ini aku letakkan pada blog-blog aku yang lain yang mana trafik blog tersebut tidaklah sebaik blog ini. Nak letak banyak sangat iklan dah naik rimas pula aku tengok, apatah lagi anda yang membaca blog ini lagilah rimas, jadi lebih baik kekalkan iklan yang ada sekarang ini, jangan tamak-tamak, kalau ada rezeki InsyaAllah....

Pada yang berminat nak join Yllix Media ini, boleh rujuk entri aku di sini. Alhamdulillah, di penghujung tahun 2013, blog ini masih terus memberikan hasil buat aku, dan aku harap tahun 2014 income dari blog ini akan lebih meriah lagi. pada rakan-rakan yang lain teruskan usaha anda untuk tahun baru ini, semoga berjaya!








p/s:- Al-Fatihah untuk rakan blogger kita Shaharil.com yang meninggal dunia semalam, semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya, Amin......

8 Nov 2013

couch mode print story

Program PPC Terbaru Di Malaysia

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Seperti yang anda semua ketahui Nuffnang merupakan program ppc pilihan utama kebanyakkan blogger-blogger diluar sana, kalau anda buat blogwalking, dalam 10 blog yang kita baca sembilan darinya mesti ada iklan nuffnang dekat blog. Program nuffnang ini amat mudah untuk kita turut serta sebab tiada syarat-syarat yang ketat untuk sertainya, cukup ada blog dah boleh join program mereka nie. Berbeza dengan program Adsense, Komli, Innity dan lain-lain yang hanya menerima apabila memenuhi syarat-syarat dan kriteria blog yang ditetapkan.


Terbaru, sebuah program ppc terbaru di Malaysia baru sahaja dilancarkan. Aku rasa dalam sebulan dah program ni berjalan. Program yang diberi nama IklanSticky nie membayar anda RM 0.15 untuk satu klik. Apa yang perlu anda lakukan adalah mempromosikan link affiliate anda dimana-mana sahaja yang anda rasakan mampu membawa pembaca klik ke link tersebut. Namun, anda perlulah mengikut segala syarat-syarat yang telah ditetakan oleh mereka. Had pengeluaran minima adalah RM 15.00 sahaja. Jadi, gunalah daya kreatif terpendam anda untuk menjana pendapatan dari program ini. 

Bagi aku, tak salah kalau kita nak mencuba program-program baru seperti ini, lagipun kita tak keluarkan apa-apa modal pun untuk sertai mereka, promosi sahajalah seperti yang mereka mahukan, ada rezeki InsyaAllah anda dapat merasa hasil dari internet ini. Pada yang rasa nak join program nie, boleh klik di sini.