Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Masih lagi berkisahkan Buat Duit Dengan H12 Media, kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua bagaimana hendak submit blog pada mereka. Masih ada lagi sebenarnya yang keliru bagaimana hendak submit blog, jadi kali ini aku cuba terangkan dengan serba ringkas bagaimana anda hendak add website selepas selesai mendaftar dengan H12 Media.
Apa yang perlu anda lakukan ialah :-
1 - Selepas selesai proses pendaftaran, anda klik bahagian " Website " di publisher control panel anda.
2 - Masukkan url blog anda, masukkan link url secara penuh seperti contoh yang disediakan.
3 - Step ke-3 ini sebenarnya terpulang pada anda sendiri samada cara yang pertama atau kedua, dalam tutorial ini aku pilih cara yang pertama, sebab aku gunakan platform Blogspot, jadi lebih mudah.
4 - Copy kod meta yang diberikan oleh pihak H12 Media kedalam blog anda, pastikan anda letakkan di ruangan meta blog anda, sama tempatnya di mana anda letakkan meta tag, meta keyword, dan sebagainya.
5 - Jangan lupa klik di dalam kotak yang menandakan anda bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak H12 Media.
6 - Langkah terakhir sekali, klik untuk submit blog anda pada mereka. Selesai. Anda hanya perlu menunggu email dari mereka yang menyatakan samada blog anda diterima atau tidak, itu sahaja.
Proses meletakkan kod meta yang diberikan oleh mereka ini sebenarnya adalah untuk memastikan yang anda adalah pemilik blog tersebut disamping untuk pihak mereka membuat "tracking" mana-mana blog yang melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh mereka, itu sahaja.
Aku harap dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang masih lagi kurang faham bagaimana hendak submit blog pada mereka. Pada yang rasa nak join dalam program ini boleh daftar di sini.
In Blogging , Buat Duit Dengan H12 Media , Buat Duit Dengan Menulis , Buat Duit Online , ppc program
