Memaparkan catatan dengan label Buat Duit Dengan H12 Media. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buat Duit Dengan H12 Media. Papar semua catatan

2 Apr 2014

couch mode print story

Bayaran Ke-2 Dari H12 Media

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Alhamdulillah, sudah beberapa hari blog ini tidak diupdate tetapi masih lagi mampu memberikan sedikit hasil. Nak kata banyak tak juga tapi cukuplah untuk tambah amaun di akaun Paypal aku.



Ini merupakan bayaran kedua dari program H12 Media yang pernah aku ceritakan dalam entri yang lepas. Melalui dari pemerhatian aku, nak kata kaya join program ini tidak juga, namun sedikit sebanyak ianya mampu membantu korang menambah duit poket korang dalam akuan Paypal itu, bolehlah cover untuk domain dan hosting nanti.

Mengenai isu iklan-iklan yang kurang bersesuaian itu, terpulang pada korang sendiri samada nak teruskan dengan program ini atau sebaliknya. Jika kurang selesa, banyak lagi program yang ada diluar sana seperti Komli, Geniee, Adsense dan lain-lain lagi.

Pada korang yang masih lagi belum turut serta dalam program H12 Media ini, bolehlah baca disini untuk menambahkan lagi sumber pendapatan dari blog anda. Aku harap income korang nanti lebih dari apa yang aku dapat sekarang, blog-blog korang lagi hebat kot. 

Okey, selamat mencuba...


13 Feb 2014

couch mode print story

Minggu yang sangat sibuk

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Okay, ada beberapa perkara yang aku nak cakapkan kat sini. Harap korang semua dapat terima dengan hati yang terbuka.


1 - Awal bulan Februari ini, jadual kerja aku makin sibuk, jadi masa aku nak menghadap laptop memang takde. Ini semua bos aku punya pasal, suruh aku buat itu, buat ini. Banyak masa aku dihabiskan pergi jumpa client kat luar, so dah tak duduk kat opis, last-last blog tak dapat update. Jadi kalau korang tak puas hati sebab takde entri baru dekat blog ini sila berurusan dengan bos aku..haha..

2 - Program H12 Media yang pernah aku ceritakan dalam blog ini telahpun membayar komisen aku yang pertama, minggu lepas rasanya. Screenshoot takde masa nak ambil, sibuk, harap korang faham. Jadi yang nak join tu sila baca kat sini.

3- Seperti yang korang nampak, layout blog nie dah bertukar baru. Aku jumpa masa dok godek-godek google hari itu. Amacam? Genesis tak layout blog aku? haha..sila jangan terpedaya, ini platform blogspot, bukan wordpress. 

4 - Aku masih lagi tak puas hati dengan prestasi Man. Utd lepas apa yang dah jadi masa game dengan Fulham tempoh hari. Last minit boleh bolos, teruk sangat performance United musim ni, dah nak hujung season dah nie.

5 - Okay, baru lepas game lawan Arsenal tadi, draw 0 - 0, terbaik. Bila nak menang? 

6 - Aku dah ngantuk sekarang nie, lain kali aku sambung lagi, okay bye....








p/s:- ngantuk, dari malam tadi tak tido.

3 Feb 2014

couch mode print story

Bagaimana Submit Blog Di H12 Media

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Masih lagi berkisahkan Buat Duit Dengan H12 Media, kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua bagaimana hendak submit blog pada mereka. Masih ada lagi sebenarnya yang keliru bagaimana hendak submit blog, jadi kali ini aku cuba terangkan dengan serba ringkas bagaimana anda hendak add website selepas selesai mendaftar dengan H12 Media.



Apa yang perlu anda lakukan ialah :-

1 - Selepas selesai proses pendaftaran, anda klik bahagian " Website " di publisher control panel anda.

2 - Masukkan url blog anda, masukkan link url secara penuh seperti contoh yang disediakan.

3 - Step ke-3 ini sebenarnya terpulang pada anda sendiri samada cara yang pertama atau kedua, dalam tutorial ini aku pilih cara yang pertama, sebab aku gunakan platform Blogspot, jadi lebih mudah.

4 - Copy kod meta yang diberikan oleh pihak H12 Media kedalam blog anda, pastikan anda letakkan di ruangan meta blog anda, sama tempatnya di mana anda letakkan meta tag, meta keyword, dan sebagainya. 

5 - Jangan lupa klik di dalam kotak yang menandakan anda bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak H12 Media.

6 - Langkah terakhir sekali, klik untuk submit blog anda pada mereka. Selesai. Anda hanya perlu menunggu email dari mereka yang menyatakan samada blog anda diterima atau tidak, itu sahaja.

Proses meletakkan kod meta yang diberikan oleh mereka ini sebenarnya adalah untuk memastikan yang anda adalah pemilik blog tersebut disamping untuk pihak mereka membuat "tracking" mana-mana blog yang melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh mereka, itu sahaja.

Aku harap dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang masih lagi kurang faham bagaimana hendak submit blog pada mereka. Pada yang rasa nak join dalam program ini boleh daftar di sini.