Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

15 Feb 2014

couch mode print story

Review Themes Percuma

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dalam affiliate, pelbagai cara yang boleh kita guna dan praktikkan untuk menghasilkan jualan. Medium seperti blog, video marketing, email marketing dan pelbagai lagi, semuanya boleh kita jadikan senjata untuk menghasilkan jualan.

Bagi aku, aku lebih selesa menggunakan blog sebagai senjata dalam program affiliate. Nak suruh aku buat video marketing memang ada malas sikit sebab aku nie bukan pakar sangat nak buat video review nie, ilmu bahagian tu ada kurang sikit.

Kalau ikutkan, takdelah nak guna macam-macam jenis software nak buat video nie, guna movie maker pun boleh, tapi dah namanya pun malas, faham-faham sendirilah. Dengan blog pula, kita dah ada prospek iaitu pembaca blog kita sendiri, jadi secara tak langsung dapat membantu menghasilkan jualan.

Kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua salah satu wordpress themes yang sesuai untuk korang jadikan blog review bagi produk affiliate korang.



Korang boleh download secara percuma dekat sini. Themes nie memang sesuai pada korang yang nak buat duit dengan amazon. Setakat nie aku dah setup satu blog affiliate guna themes nie untuk promote produk dari amazon, jadi kita nantikan hasilnya. 

Sebelum nie dah ada satu sales tapi oleh kerana produk yaang aku promotekan tu murah, komisyen yang aku dapat pun hanyalah 0.49USD, confirm lepas nie aku promote produk ratus-ratus dollar punya, haha...

Apa-apa pun, semuanya masih lagi dalam proses pembelajaran, harap-harap semuanya berjaya seperti yang dirancang. 

Dah, korang jangan buang masa, dengan pantas gi download theme tu sebelum owner dia tarik balik, lepas tu setup satu blog kasi promote produk affiliate korang. 

Okay, good luck!







p/s:- dah lebih 2 bulan rasanya hujan tak turun....

13 Feb 2014

couch mode print story

Minggu yang sangat sibuk

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Okay, ada beberapa perkara yang aku nak cakapkan kat sini. Harap korang semua dapat terima dengan hati yang terbuka.


1 - Awal bulan Februari ini, jadual kerja aku makin sibuk, jadi masa aku nak menghadap laptop memang takde. Ini semua bos aku punya pasal, suruh aku buat itu, buat ini. Banyak masa aku dihabiskan pergi jumpa client kat luar, so dah tak duduk kat opis, last-last blog tak dapat update. Jadi kalau korang tak puas hati sebab takde entri baru dekat blog ini sila berurusan dengan bos aku..haha..

2 - Program H12 Media yang pernah aku ceritakan dalam blog ini telahpun membayar komisen aku yang pertama, minggu lepas rasanya. Screenshoot takde masa nak ambil, sibuk, harap korang faham. Jadi yang nak join tu sila baca kat sini.

3- Seperti yang korang nampak, layout blog nie dah bertukar baru. Aku jumpa masa dok godek-godek google hari itu. Amacam? Genesis tak layout blog aku? haha..sila jangan terpedaya, ini platform blogspot, bukan wordpress. 

4 - Aku masih lagi tak puas hati dengan prestasi Man. Utd lepas apa yang dah jadi masa game dengan Fulham tempoh hari. Last minit boleh bolos, teruk sangat performance United musim ni, dah nak hujung season dah nie.

5 - Okay, baru lepas game lawan Arsenal tadi, draw 0 - 0, terbaik. Bila nak menang? 

6 - Aku dah ngantuk sekarang nie, lain kali aku sambung lagi, okay bye....








p/s:- ngantuk, dari malam tadi tak tido.

20 Jan 2014

couch mode print story

Aku Masih Manchester United

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Agak lama sebenarnya aku tak menulis entri berkaitan Manchester United di blog ini. Jika sebelum ini aku sentiasa update entri pada setiap perlawanan Manchester United, sejak kebelakangan ini keghairahan aku untuk menulis entri tentang Man. United ini boleh dikatakan berkurangan. 


Antara sebab-sebab aku malas nak update entri Man. United ialah :-

- Dulu dalam setiap entri yang ditulis, mesti Man. United menang je, jarang update entri tentang kekalahan team pilihan aku ini.

- Sejak David Moyes ambil alih United, aku tengok permainan Man. United agak merosot berbanding era Ferguson dulu.

- Sakit hati bila selalu nak update tentang kekalahan sahaja!

- Prestasi yang kurang menentu membuatkan aku malas nak ambil tahu sangat pasal team Man. United ini.

- Agak sukar tahun ini Man. United nak pertahankan gelaran lepas apa yang berlaku malam tadi. ( jangan tanya aku apa yang berlaku malam tadi, korang semua tahu kan? )

- Susah aku nak terima kekalahan sebab Man. United yang aku kenal memang susah ditewaskan.

Apa yang aku nampak, tahun ini Man. United memang berada diluar prestasi terbaik mereka. Memang nampak ketara selepas Ferguson bersara, kerana aku mengenali Man. United dari mula Ferguson ambil alih Man. United pada tahun 1987. Aku membesar dalam era Ferguson sampailah dia bersara, dari zaman Beckham budak lagi, dari jersi nombor 24, 10, sampailah Beckham dapat pakai jersi nombor 7, semuanya aku ikuti.

Sekarang, Manchester United dalam pasukan yang berbeza, dan aku harap Manchester United akan terus kekal bersaing dalam perebutan ke Liga Juara-Juara Eropah tahun depan. Dan sekarang pun mereka masih lagi dalam saingan Liga Juara-Juara, pastikan tahun ini milik Manchester united.

Dah berubah sokongan? tak mungkin aku berubah, aku tetap menyokong Manchester United, cuma tahun ini MUNGKIN bukan milik Manchester United, tak mengapa. Bila dah macam ini baru kita tahu siapa penyokong yang setia dengan Manchester United. Old Trafford masih lagi penuh dengan penyokong setia mereka, jadi peminat mereka tetap mengharapkan yang terbaik buat Manchester United.

Jadi, pada fan-fan United, teruskan sokongan korang, langit tak selalunya cerah, kan?? hehehe....

sila cemburu dengan rekod United, hahaha....






p/s: jangan seronok sangat ye team-team lain tu...hehehe.....

28 Okt 2013

couch mode print story

Malas Alasan Yang Paling Tepat

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Fuhh..hampir sebulan blog ini terbiar tanpa sebarang entri baru, malas merupakan antara alasan yang paling tepat boleh aku bagi. Entahlah, sejak kebelakangan ini mood blogging jauh melayang, nak buka akaun blog pun malas, apa lagi nak menulis, lagilah jauh, ada musim rajin dan musim malas kot bila nak menulis blog ini. Siapa antara korang semua yang pernah menghadapi masalah seperti aku? hehe...macam ramai je yang ada penyakit malas macam aku nie...kan?


Aku nak tahu, apa langkah ataupun tindakan korang bila korang dah memang takde idea langsung nak update blog? takkan lah nak menaip 3 baris ayat je, ini blog, bukan facebook nak menulis pendek macam tu. Ada sesiapa tak yang boleh tolong jawabkan soalan-soalan yang selalu bermain dalam kepala aku nie? mungkin korang juga ada memikirkan benda yang sama? 

  • Macam mana kita nak dapatkan idea balik untuk menulis blog? 
  • Macam mana nak kekalkan mood menulis blog secara berterusan?
  • Boleh ke kita main tulis je apa yang kita suka dalam blog? apa pula kata orang yang membaca blog kita nanti? suka? geli? meluat?
  • Perlu ke kita update blog mengikut kehendak pembaca?

Ada sesiapa yang boleh bantu?? saya budak baru belajar nie........ 





14 Sep 2013

couch mode print story

Kupon Diskaun Dari GoDaddy

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Agak lama juga blog ini tidak di update, hampir dua minggu juga blog ini terbiar tanpa sebarang entri baru. Entahlah, sejak kebelakangan ini mood blogging aku dah jauh melayang, tak tahu sebenarnya nak menulis apa, aku ada cuba juga buat blogwalking untuk dapatkan idea-idea menulis entri namun masih belum dapat mood blogging kembali. Aku harap lepas nie aku akan lebih rajin lagi nak update blog nie. Pada anda semua yang rajin singgah di blog ini, aku harap anda semua akan terus kekal membaca di blog ini, rajin-rajinlah komen ye...


Baiklah, bagi menghargai pembaca blog kau yang tidak seberapa ini, aku nak kongsikan pada anda semua kupon promosi domain dari Godaddy. Kira ini macam hadiahlah pada anda yang rajin datang ke blog ini, nak buat contest atau giveaway aku rasa masih belum mampu dan cukup branding lagi blog ini, InsyaAllah kalau ada rezeki dan support dari anda semua aku memang teringin nak adakan contest ataupun giveaway dekat blog ini. Perancangan itu dah ada cuma masa dan pelaksanaanya sahaja yang perlu aku lakukan. Doa-doakanlah ye, mana tahu melalui contest atau giveaway akan lebih menjenamakan blog ini dalam dunia blogging Malaysia.

Berbalik pada kupon GoDaddy tadi, disini aku senaraikan kupon-kupon promosi dari mereka, aku dah cuba gunakan satu dan memang kupon nie masih valid lagi. Nah, aku senaraikan di bawah ini:-

Domain $1.99

- cjc199
- 199nuts
- gofhbs011
- school
- HINCH199

Yang lagi satu ini aku rasa memang ramai yang menunggu promosi dari GoDaddy nie sebab promosi domain $0.99 kembali lagi, aku memang gunakan kupon nie untuk grab lagi satu domain baru. Anda semua nak tahu ke?? hehehe......... nah gunakan kupon nie semasa anda nak checkout nanti, 99LUV

Aku harap kupon nie still valid lagi sebab anda semua tahulah berapa ramai yang memang tunggu offer dari GoDaddy nie, jadi bila dah ramai yang gunakan takut dah habis limit pula, apa-apapun anda semua cuba dahulu, kalau dah tak lepas tu, gunakanlah kupon untuk $1.99 pula dari mereka, still murah lagi tu. Untuk makluman, bila dah harga promosi nie, mereka tak accept kalau anda gunakan Paypal untuk pembayaran nanti, jadi gunakanlah kad Visa anda masa buat bayaran nanti. So, cepat-cepat dapatkan domain baru anda....










p/s: ada sape-sape yang leh bagi idea untuk contest@giveaway tak??



29 Ogo 2013

couch mode print story

Sambutan Hari Raya Bersama Nuffnang Dan Papa John’s Pizza

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Ramai yang sedia maklum, Nuffnang merupakan sebuah syarikat pengiklanan yang menawarkan pendapatan tambahan dengan mereka melalui perkongsian iklan di blog kita. Seingat aku, aku sertai Nuffnang ini lebih kurang tiga ke empat tahun yang lalu, masa itu aku sudah mula berblogging, yang bestnya aku daftar nuffnang selepas adsense, bukan main advandce lagi masa itu. Serius, masa mula-mula aku start menulis blog, aku tak tahu apa itu nuffnang sebenarnya, bila dah ramai yang tulis kisah nuffnang ini, aku mula berminat dan terus join mereka sampailah sekarang. Income? Alhamdulillah, lebih baik ada dari tiada.


Baiklah, sempena bulan Syawal yang masih berbaki beberapa hari lagi, Nuffnang akan mengadakan Sambutan Hari Raya bersama Papa John's Pizza, jadi semua nuffnangers di jemput untuk sama-sama memeriahkan majilis tersebut. Majlis akan berlangsung pada:-

Tarikh :- 7hb September 2013
Masa   :- 7PM - 10PM
Lokasi :- Papa John's Pizza, Centrepoint Bandar Utama

Untuk memenangi pas jemputan ini, anda dikehendaki membuat satu tugasan yang mudah iaitu:-

1- Ambil gambar anda dengan tema warna Papa John's Pizza ( merah, hijau, putih )

Contoh gambar anda dengan tema warna Papa John's Pizza

2- Kongsikan gambar anda di akaun Instagram dengan tag @Nuffnang dan #PapaJohnsMalaysia

3- Setelah itu, isikan borang di SINI beserta link post Instagram anda sekali. Selesai!!

4- Tarikh tutup penyertaan ialah pada 12PM , 12hb September 2013. ( ISNIN )

Jadi pada yang berminat untuk turut serta Sambutan Hari Raya Bersama Nuffnang dan Papa John's Pizza, bolehlah join contest mudah ini. Semoga berjaya!!






p/s: anda perasan tak?? hehehehe.........

14 Ogo 2013

couch mode print story

AdBlock Merugikan Blogger Dan Pengiklan??

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Alhamdulillah, tamat sudah kita menunaikan ibadah puasa dan kini sedang menyambut bulan Syawal. masih rmai lagi yang berada dalam mood raya, maklumlah hari ini baru hari ke tujuh kita beraya, jadi mood raya itu masih menebal lagi terutama di kampung halaman. Ramai juga yang telah mula bekerja hari ini termasuklah aku, jadi selamat bekerja aku ucapkan pada anda semua. 

Semasa melayari internet tadi, aku terjumpa salah salah extension yang dikeluarkan oleh pihak Google Chrome iaitu AdBlock yang mana ianya berfungsi untuk disable kan sebarang bentuk iklan di sesebuah website. 

AdBlock for Chrome!  Block all advertisements on all web pages, even Facebook, Youtube, and Hulu.
It works automatically: just click "Add to Chrome," then visit your favorite website and see the ads disappear!

Aku melihat perkara ini sebagai satu perkara yang boleh merugikan para pengiklan dan juga blogger yang menjana pendapatan dari blog melalui medium pengiklanan. Bayangkan jika ramai pengguna internet di Malaysia ini menggunakan extension AdBlock ini, kemungkinan besar mereka yang menggunakan Facebook sebagai medium perniagaan akan terjejas teruk kerana iklan yang dipaparkan tidak dapat dilihat oleh pengguna AdBlock.


Ya, mungkin AdBlock hanya berfungsi pada mereka yang menggunakan Browser Google Chrome sahaja, tetapi lihat ini..

NEW IN VERSION 2.6: Shows you how many ads have been blocked - watch the total climb like crazy!
- New in version 2.5: Blocks ads in ALL videos and in ALL Flash games across the web!- New in version 2.4: More than twice as fast, while using less memory per tab!- New in version 2.3: Adds an optional toolbar button to control AdBlock!- New in version 2.1: Translated into dozens of languages!- New in version 2.0: Ads are blocked from downloading, instead of just being removed after the fact!
FAQs:
1. This is AdBlock: the original Chrome extension written from the ground up to be optimized for Chrome.  It was inspired by the excellent Firefox "Adblock Plus" project (which is a fork of an old Firefox "Adblock" project -- yes, it's confusing), but it's not related to those, nor to "Adblock Plus For Google Chrome", to which the old "AdThwart" extension was recently renamed.
2. There's a Safari version and an Opera version, too -- visit getadblock.com in those browsers to get it :)
3. The notice you see about having access to your history and website data is automatically generated because AdBlock runs on every tab.  Rest assured it doesn't look at your private data!
Jika penggunaan extension AdBlock ini semakin meluas, aku dapat rasakan ramai advertiser yang akan jatuh, effectnya sudah tentu pada mereka yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan utama melalui medium pengiklanan yang sebelum ini membantu menjana pendapatan buat diri. Jadi, sejauh mana bertahanya dunia pengiklanan di dalam medium blog ini. 

Apa pendapat anda ya?





p/s:- dalam mood raya lagi nie walaupun dah mula kerja.... ;-)



6 Ogo 2013

couch mode print story

Tip Pemanduan Selamat

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita semua akan meninggalkan bulan yang penuh keberkatan, bulan yang lebih baik dari seribu bulan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Dengan syawal yang hampir tiba, kebanyakkan warga kota sudah mula pulang ke kampung masing-masing. Disini aku ingin berkongsi dengan anda semua tip-tip pemanduan selamat bagi mereka yang akan pulang ke kampung. Semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.  


Tip Pemanduan Selamat

1. Pastikan kenderaan anda selamat

Penyelenggaraan kenderaan bukan sahaja satu cara yang penting untuk memanjangkan jangka hayat kenderaaan anda tetapi ia juga melibatkan isu keselamatan yang utama. 

2. Amalkan pemanduan berhemah

Adalah sukar untuk mengukur sejauh mana pemanduan agresif seseorang, tetapi ia pasti akan meningkatkan risiko kemalangan. Seorang pemandu yang agresif akan sengaja memburukkan lagi pemandu lain, memulakan konflik, menggunakan isyarat biadap atau bahasa, memandu terlalu rapat tanpa menjaga jarak kenderaan atau menghalang kereta lain, atau menyalakan lampu mereka disebabkan kekecewaan. Tingkah laku ini bukan sahaja menjengkelkan, malah berbahaya.

3. Jangan mengekori terlalu rapat

Garis panduan pemanduan yang selamat menasihati pemandu untuk mengekalkan jarak yang selamat antara mereka dan kereta di hadapan. Pemandu perlu masa yang cukup untuk bertindak balas jika kereta tersebut membelok dan berhenti secara tiba-tiba. 

Peraturan tiga saat adalah mudah, Cari objek pegun ditepi jalan. Apabila kereta dihadapan anda melepasi objek tersebut, mulakan kiraan saat. Sekurang-kurangnya tiga saat sebelum kereta anda melepasi objek yang sama. Pada waktu malam atau dalam cuaca buruk, masa yang disyorkan adalah dua kali ganda iaitu 6 saat.

4. Lebih berhati-hati di dalam cuaca buruk

Jika anda memandu melalui kabus, hujan lebat, mahupun ribut, anda perlu lebih berhati-hati. Ambil semua tips lain yang dibentangkan di sini dan menggunakan ia sepenuhnya: memandu dibawah had laju jika perlu, mengekalkan ruang tambahan di antara anda dan kereta di hadapan, dan berhati-hati terutamanya di sekitar selekoh. Jika cuaca menjadi lebih teruk, carilah tempat selamat dan menunggu sehingga reda.

5. Jangan memandu ketika mengantuk

Jika anda keletihan, sebaik-baiknya cari tempat persinggahan dahulu bagi meredakan keletihan anda. Memandu dalam keadaan mengantuk merupakan satu perkara yang serius dan boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan. Ambil rehat secukupnya sebelum kembali memulakan perjalanan. Sediakan juga bekalan seperti gula-gula yang boleh membantu anda menghilangkan rasa mengantuk.

6. Jangan memecut/memandu laju

Kerajaan kerap melakukan kempen dan memaparkan iklan, "kelajuan membunuh" di setiap kawasan yang berpotensi terjadinya kemalangan. Pada kelajuan yang lebih tinggi, risiko meningkat dengan lebih pantas. Besar kemungkinan, kenderaan akan sukar dikawal sekiranya memandu terlalu laju. Elakkan diri anda dari membahayakan nyawa orang lain.

Ini merupakan diantara tip-tip pemanduan selamat yang boleh anda jadikan panduan sepanjang perjalanan anda ke kampung halaman. Biar lambat asalkan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Pada yang pulang ke kampung aku ucapkan selamat memandu, dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H, Maaf Zahir dan Batin.