Malaysia Best Blog 2015. Melihatkan pada tajuk entri kali ini, agak sukar juga sebenarnya untuk aku senaraikan blog-blog hebat yang ada di Malaysia ini.
Dunia blogging aku bermula penghujung tahun 2010, dan sepanjang aku di dalam dunia blogging ini, pelbagai blog yang telah aku lawati, macam-macam niche ada, baik buat duit online, personal blog, travel, dan lain-lain lagi.
Jadi, boleh dikatakan blog-blog yang aku lawati ini banyak membantu aku mengenali dunia blogging dengan lebih mendalam lagi. Setiap hari aku blogwalking untuk menimba lebih banyak ilmu blogging, alhamdulillah banyak yang aku belajar dari situ.
Baiklah, bukan pengalaman blogging aku yang hendak aku ceritakan, tetapi senarai 10 Malaysia Best Blog 2015 mengikut pilihan aku. Antara faktor dan kriteria pemilihan aku adalah berdasarkan isi kandungan blog tersebut yang bermanfaat untuk dibaca, layout blog yang kemas dan menarik, serta kehebatan mereka menarik trafik yang banyak pada blog mereka.
Malaysia Best Blog 2015
Rasanya ramai yang kenal dengan pemilik blog Rohaizad.com ini. Minat aku menulis blog mula timbul bila singgah di blog beliau. Merupakan salah seorang mentor aku dalam dunia blogging. Banyak perkongsian yang mampu membantu blogger-blogger baru belajar selok belok dunia blogging. Sekarang ini, beliau sudah kembali berblogging setelah sekian lama menyepi.
Tak perlu nak kenalkan dengan lebih lanjut lagi rasanya. Peminat setia cendol Banting yang memang aku akui pengalamannya dalam dunia blogging dan juga affiliate. Aku mula follow beliau sejak dari awal permulaan aku dalam dunia blogging. Masa itu blog
Earncent.com beliau memang banyak berkongsikan ilmu-ilmu blogging.
Seorang lagi blogger yang aku banyak belajar dari beliau ialah blogger Reezluv, kenal kan? kalau dulu blog
Reezluv.com banyak berkongsi ilmu blogging, kini blog beliau MohdFairiz.com pula banyak berkisarkan ilmu affiliate dan diselitkan dengan kisah-kisah harian beliau. Masih lagi menjadi blog rujukan aku sehingga sekarang.
Awal permulaan dunia blogging aku, jujur aku cakap yang aku memang tidak mengenali blog beliau langsung. Tetapi sejak setahun yang lepas, aku mula tertarik dengan blog beliau, walaupun topik yang dibawakan di blog beliau ada kalanya agak berat, namun masih lagi sesuai dijadikan rujukan oleh blogger-blogger lain. Salah seorang blogger yang aku kagumi dengan misi dan visi beliau dalam memartabatkan lagi arena blogging Malaysia bersama team Denaihati Network beliau yang aktif menganjurkan seminar blogging.
Sewaktu pertama kali aku singgah di blog beliau, aku begitu tertarik dengan cara penyampaian beliau yang bersahaja dan senang untuk difahami oleh pembaca. Seorang pakar SEO Blogspot yang sememangnya aku akui kehebatannya dalam platform Blogspot ini. Jika anda masih lagi tercari-cari blog panduan bagi pengguna Blogspot, aku cadangkan anda semua singgah di blog beliau, banyak info dan tip-tip berkenaan Blogspot dikongsikan di blog beliau.
6. TheVocket.com
"Viral Story and News in your pocket" merupakan tagline bagi blog yang diusahakan secara berkumpulan ini. Aku betul-betul tertarik dengan isi kandungan dan layout blog The Vocket ini yang menggunakan platform Wordpress. Setiap artikel yang dikongsikan agak santai dan berinformasi. Jika kebanyakkan blog informasi lebih kepada artikel copy paste, tetapi team The Vocket bijak mencari topik-topik baru yang diulas daripada video di Youtube, di Facebook dan sebagainya.
7. Shakiddo.com
Sebuah blog yang santai untuk dibaca, layout blog yang kemas dan banyak berkongsikan kisah-kisah seharian beliau. Blog Shakiddo ini memang boleh dikatakan antara blog yang berjaya buat duit dengan program iklan dari Nuffnang, aku rasa dah lebih 20 kali beliau dapat cek dari Nuffnang, entah apa rahsia dia aku pun tak pasti.
8. Amanz.my
Bagi aku, blog Amanz.my merupakan antara blog niche teknologi berbahasa melayu yang masih bertahan lagi sehingga ke hari ini. Kebanyakkan blog teknologi ini memang susah nak stay lama dalam dunia blogging sebab saingan yang cukup-cukup sengit untuk niche teknologi ini, tetapi Amanz.my berjaya membuktikan sebaliknya. Kalau tidak silap akulah, pernah dulu nampak dia dalam forum Wangcyber, dan sekarang dah jadi blogger berjaya pula. Satu yang aku kagum dengan usaha Amanz.my ini ialah blog beliau berjaya masuk dalam program iklan dari Pixels Asia, sama macam Rotikaya.com, bukan senang nak dapat offer macam itu.
9. HazmanFadzil.com
Tidak salah rasanya kalau aku masukkan food blogger ini dalam senarai Malaysia Best Blog 2015. Seorang penggemar makanan yang sering berkongsi tempat-tempat makan menarik yang ada di Malaysia. Jika anda singgah di blog beliau, anda akan perasan di dalam setiap entri yang diterbirkan semuanya diulas secara detail, bukan setakat nak cerita pasal makanan sahaja. Dari arah perjalanan ke restoran sehinggalah dekorasi yang terdapat di dalam restoran tersebut, semuanya diulas dengan baik, jadi bagi aku blog beliau layak disenaraikan dalam
Malaysia Best Blog 2015.
10. OhDuit.com
Okay, blog yang ini adalah penyebab utama aku menulis entri berkenaan Malaysia Best Blog 2015 ini, mana tidaknya, pemilik blog OhDuit.com inilah yang sedang menganjurkan contest SEO dengan hadiah yang bagi aku amat lumayan sekali. Jadi, nak tak nak kena juga tulis pasal blog beliau, haha....Mengikut fakta yang di ambil dari blog beliau, beliau banyak berkongsikan tip-tip perniagaan, seo dan juga bisnes di Ebay.
Jadi, lengkaplah sudah....
Senarai 10 Malaysia Best Blog 2015
Pada blog-blog yang tidak tersenarai, bukan bermakna blog anda tidak hebat, blog anda tetap hebat di mata pembaca blog anda, tetapi bagi aku blog yang aku senaraikan ini lebih dekat dengan jiwa aku, hehe.....
"Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com."