Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Nampaknya permulaan tahun baru ini, dunia blogging di Malaysia meriah dengan pelbagai contest seo dan juga giveaway yang dianjurkan oleh pelbagai pihak mahupun individu.
Setakat ini contest seo untuk Malaysia Best Blog 2015 telah pun aku sertai dan contest ini masih lagi berlangsung sehingga penghujung bulan Mac 2015 nanti. Selain itu contest seo Jom Aktifkan MyKad juga turut berlangsung dengan hadiah yang ditawarkan sungguh lumayan, insyaAllah kalau tiada halangan aku akan turut serta memeriahkan lagi contest seo ini, entri dah siap draft cuma tunggu masa yang sesuai sahaja untuk terbitkan entri penyertaan.
Okay, masa tengah mengemas surat-surat lama dalam fail aku tadi, tiba-tiba terjumpa pula satu surat yang bagi aku salah satu kenangan manis dalam dunia blogging aku. Surat yang aku maksudkan ini ialah :-
Surat yang aku terima dari Google Adsense ini adalah surat pengesahan dan pengaktifan akaun Adsense aku yang telah melebihi $10 USD, jadi pihak mereka akan hantar nombor pin untuk aktifkan akaun Adsense. Seronok juga masa itu bila dapat surat dari google ini.
Baiklah, bila bercerita mengenai Adsense, nampaknya masih ramai lagi yang belum benar-benar berjaya mendapatkan akaun Adsense dari Google.
<!-- adsense -->
Jadi disini, aku senaraikan beberapa panduan dan tips yang boleh anda praktikkan sebelum memohon akaun adsense.
- Bina sebuah blog berbahasa Inggeris yang berkisarkan tentang sesuatu niche, contohnya blog yang berkisarkan tentang topik kesihatan dan kecantikan wanita.
- Update blog sekurang-kurangnya lima kali seminggu dengan menulis satu entri setiap hari. Elakkan menulis terlalu banyak entri dalam sehari kerana ianya akan menjejaskan keaslian blog tersebut.
- Pastikan entri blog tidak di copy paste dari blog orang lain sepenuhnya. Olah sedikit isi entri tersebut agar tidak disenaraikan oleh enjin carian sebagai blog duplicate.
- Jangan masukkan sebarang iklan dari program lain dahulu ke dalam blog niche tersebut sebelum memohon akaun adsense.
- Pastikan entri yang ditulis tidak kurang daripada 20 entri dengan satu hari setiap entri. Kemaskan blog anda agar mudah di indek oleh enjin carian Google.
- Selepas itu, barulah anda memohon akaun adsense dari pihak Google.
Ini hanyalah sebahagian tip-tip yang boleh anda praktikkan untuk memohon akaun Adsense, untuk tip-tip selengkapnya, anda boleh baca di sini, Jana Wang Adsense 2.5
Jadi macam mana? boleh faham dengan apa yang aku cuba sampaikan ini? harap-harap dengan perkongsian ini, anda semua berjaya mendapatkan akaun Google Adsense.
Jika tidak berjaya untuk kali pertama, tidak mengapa, teruskan menulis entri ke blog tersebut dan kemudian cuba semula memohon akaun adsense. InyaAllah, setiap usaha yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil. Jangan sesekali mudah berputus asa.
In Adsense , Blogging , Jom Aktifkan Mykad , Malaysia Best Blog 2015