Memaparkan catatan dengan label Blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogging. Papar semua catatan

28 Dis 2015

couch mode print story

Berakhir Sudah Ashadee.com

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Nampaknya,  salah satu paltform affiliate yang agak popular di Malaysia bakal menamatkan operasi mereka tidak lama lagi. Platform yang dimaksudkan ialah Ashadee atau lebih dikenali sebagai JomNiaga suatu ketika dahulu.

Melalui satu notis khas di laman web mereka, pemilik Ashadee.com iaitu saudara Gobala Krishnan memaklumkan bahawa operasi Ashadee bakal berakhir tidak lama lagi selepas 5 tahun beroperasi.

Berakhir Sudah Ashadee.com


Seperti yang kita semua sedia maklum, Ashadee merupakan sebuah platform yang banyak menawarkan produk berbentuk digital lebih-lebih lagi ebook. Jadi, melihatkan kepada penutupan Ashadee.com ini, secara kasarnya aku boleh nampak permintaan produk digital berbentuk ebook ini sudah agak berkurang dari tahun ke tahun. Mungkin tidak kesemuanya, namun ini boleh dijadikan salah satu faktor penutupan Ashadee.com. 

Jadi, kepada anda yang sudah lama menyertai program Ashadee, tidak kira samada anda merupakan pihak pengiklan ataupun pihak affiliate, sudah tiba masanya anda mencari platform baru bagi meneruskan kesinambungan menjana pendapatan melalui produk digital.

Berakhir Sudah Ashadee.com

Program Klikjer.com antara salah satunya yang boleh anda sertai. Tim InfoKerjaya juga turut membuka peluang ini buat anda, jadi jangan risau sangat dengan penutupan Ashadee ini, masih ada lagi lubuk rezeki buat anda.

Oh ya, anda juga boleh mencuba cuba program-program affiliate hotel seperti Agoda dan Booking.com. Zaman sekarang ini, semua tempahan hotel dilakukan secara online sahaja, jadi mungkin program affiliate hotel ini lebih sesuai untuk anda promosi, permintaan juga sememangnya tinggi setiap tahun berbanding dengan produk digital seperti ebook yang ada kalanya nichenya mengikut permintaan semasa sahaja, bukan secara berterusan.

Akhir kata, semoga tahun 2016 yang akan datang mampu merealisasikan impian dan azam anda menjana pendapatan di internet yang semakin mencabar dari tahun ke tahun.


p/s:- contest seo bakal tamat tidak lama lagi, semoga berjaya pada semua yang turut serta.

2 Dis 2015

couch mode print story

Renew Domain Di GoDaddy Mahal!

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Nampaknya dalam tempoh tiga bulan akan datang, ada beberapa domain yang aku perlu renew bagi meneruskan kelangsungan hidupnya blog-blog ini di bawah kendalian aku.

Melihatkan pada harga yang ditetapkan oleh pihak GoDaddy, agak mahal juga jumlah yang aku perlu aku bayar pada mereka, hampir RM70 untuk setiap satu domain.

MAHAL!!!

Ya, memang mahal! Bagi mereka yang sudah arif dengan permainan GoDaddy, anda hanya memerlukan kurang dari RM5 sahaja untuk mendapatkan domain baru di GoDaddy, tetapi apabila tiba waktu untuk renew domain tersebut, harga yang perlu anda bayar memang berlipat kali ganda jumlahnya.

Buat masa ini, kesemua domain yang aku miliki dihostkan oleh GoDaddy, semuanya aku beli pada harga kurang RM5 menggunakan kupon promosi yang mereka tawarkan. Jadi, bila tiba waktu renew itu memang agak sakit sikit. 

Renew Domain Di GoDaddy Mahal!

Tetapi mengeluh macam mana pun memang itulah jumlah yang perlu aku bayar. Dan buat masa ini, aku masih selesa lagi menggunakan servis dari pihak GoDaddy ini walaupun memerlukan modal yang lebih sikit setiap kali renew domain.

Satu perkara yang aku perasan pada GoDaddy ini ialah, mereka cukup rajin untuk menawarkan kupon promosi bagi pembelian setiap domain baru namun, bila bab untuk renew domain memang susah betul nak jumpa kupon promosi renewal domain.

Memang susah betul nak jumpa, dan kalau ada pun ianya lebih kepada kupon renewal hosting, SSL certificates dan lain-lain lagi.

Jadi, kesimpulannya janganlah tergoda sangat dengan promosi domain dari mereka..haha...

Tetapi boleh sahaja kalau anda hendak dapatkan domain dari GoDaddy, cuma bila sampai masa hendak expired nanti, anda tranferlah ke domain hosting yang lain, yang mana harga renewnya lebih murah dan berbaloi.

Oh ya, disini aku kongsikan sekali laman web yang menyediakan kupon promosi bagi kebanyakkan syarikat domain.


p/s:- pengajaran! jangan beli domain dalam tempoh waktu yang hampir antara satu sama lain, sebab bila renew memang terasa perit!!

23 Nov 2015

couch mode print story

SEO Friendly Blogger Template

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Masih lagi dalam mood berkenaan seo di dalam blog, untuk kali ini aku nak kongsikan pada anda semua template blogger yang mesra seo.

Pemilihan template merupakan antara salah satu faktor yang penting dalam menjadikan blog anda mesra carian enjin Google. Selain mesra seo, blog anda juga haruslah mobile friendly kerana pihak Google kini mementingkan blog yang lebih mobile friendly untuk disenaraikan di enjin carian mereka.

Baiklah, di sini aku senaraikan beberapa template blog yang mesra seo dan mobile friendly

1. News Pro Theme

News Pro Theme

- Di adaptasi dari themes Wordpress
- Revsponsive template
- Seo ready dan user friendly

< View Demo | Download >


2. Balance Theme

Balance Theme

- Grid style template
- Revsponsive dan fast loading template
- Seo friendly



3. Geeks Gadget Blogger Template

Geeks Gadget Blogger Template


- Revsponsive dan fast loading template
- Seo friendly dan user friendly
- floating header


4. Spike Responsive Blogger Template

Spike Responsive Blogger Template

- Di adaptasi dari themes Wordpress
- Seo friendly dan user friendly
- fast loading dan revsponsive template


5. Siril Responsive Template

Siril Responsive Template

- Revsponsive dan fast loading template
Seo friendly dan user friendly


6. Sang SEO Blogger Template

Sang SEO Blogger Template

- Seo friendly dan user friendly
- fast loading dan revsponsive template



Template-template yang aku senaraikan di atas ini merupakan antara template blog yang mesra seo dan juga revsponsive, kalau nak ikutan memang banyak lagi template-template yang mesra seo.

Anda boleh cuba search di google "seo friendly blogger template" untuk dapatkan lagi lebih banyak pilihan. Di sini aku kongsikan sekali laman web yang menyediakan  pelbagai jenis template yang boleh anda download secara percuma sahaja.



19 Nov 2015

couch mode print story

Semak Broken Link Di Blog Untuk Tingkatkan SEO

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dalam menjadikan blog anda sebuah blog yang mesra seo, salah satu lagi perkara yang boleh anda lakukan ialah membuat semakan terhadap Broken Link di dalam blog anda.

Semak Broken Link Di Blog Untuk Tingkatkan SEO

Broken link atau dead link merupakan pautan yang sudah tidak aktif lagi di dalam blog yang mana ianya boleh terjadi pada setiap jenis pautan yang ada di dalam blog. Ianya boleh terjadi pada pautan artikel anda, pautan dari pihak ketiga iaitu pautan affiliate mahupun iklan, pautan pada komen pembaca dan lain-lain.

Broken link mampu memberikan kesan yang tidak baik pada blog anda di enjin carian Google, dan ini bukanlah sesuatu yang pemilik blog inginkan. 

Bagaimana mengesan broken link di blog

Anda boleh mengesan broken link di blog dengan menggunakan tool yang disediakan di BrokenLinkCheck.com. Tool ini akan membuat semakan keatas semua sumber pautan di blog anda, dan anda boleh lihat hasilnya selepas beberapa minit.

Semak Broken Link Di Blog Untuk Tingkatkan SEO

Ini merupakan antara broken link yang berjaya di semak di blog ini. Ya, agak banyak juga sebenarnya broken link yang ada. Mungkin aku kurang mengambil perhatian pada masalah ini sampaikan jumlah broken link yang berjaya dijumpai sebanyak 41!! Fuhh...bercinta nak buang satu-satu.

Melalui hasil semakan ini, anda boleh membuat proses pembersihan atau update semula pautan-pautan yang sudah tidak berfungsi lagi di blog. Dan bagi pengguna platform Blogger.com, pautan pada komen-komen pembaca merupakan antara penyumbang terbesar broken link di blog anda.

Ini kerana pautan-pautan yang disertakan sekali pada komen mereka mungkin sudah tidak aktif lagi. Bayangkan kalau anda menulis blog selama lima tahun, berapa banyak komen yang disertakan link yang anda dapat? 

Jadi, bagi mengelakkan kedudukan blog anda jauh di halaman utama enjin carian Google, pastikan anda membuat semakan berkala pada blog anda. Tidak perlu terlalu kerap, mungkin dalam lingkungan tiga bulan sekali sudah cukup memadai.

Okay, aku harap dengan perkongsian ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda mengatasi masalah broken link pada blog anda.

Sekian.....



p/s:- entah mengapa contest seo kali ini, bersungguh-sungguh pula aku setting blog sebaik-baik mungkin..haha...


14 Nov 2015

couch mode print story

Ciri-Ciri Blog, Artikel Mesra SEO

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Untuk kesekian kalinya blog ini bertukat template lagi, entah kali ke berapa aku pun tidak pasti sebenarnya. Pantang betul kalau nampak template yang cantik sikit, memang gatal betul tangan ini nak menukar.

Kebetulan pula dengan contest seo yang sedang berlangsung sekarang ini, mungkin sedikit sebanyak template baru ini mampu memberikan kedudukan yang baik pada blog ini di enjin carian Google.

Ciri-Ciri Blog, Artikel Mesra SEO

Ya, untuk kali ini aku memilih tempate yang lebih mesra seo, mobile friendly, clean serta fast loading. Boleh dikatakan agak laju juga berbanding template yang aku gunakan sebelum ini. 

Jadi, bila dah tukar template ini, banyak juga benda yang perlu dibuat seperti setting meta tags, pemasangan breadcrumb yang disukai Google, susunan widget blog dan lain-lain perkara yang dirasakan perlu untuk menjadikan sesebuah blog itu mesra seo.

Bila sudah lama tak mengusik kod-kod html blog, aku mengambil masa yang agak lama juga nak siapkan template ini supaya semua ciri-ciri mesra seo dapat diterapkan dalam blog ini. Fuhhh..memang banyak lagi aku kena belajar bab-bab kod html ini. 

Tetapi, aku harap anda semua sudah sedia maklum bahawa, sebuah blog yang mesra seo tidak bergantung sepenuhnya pada template blog tersebut. Template blog hanyalah salah satu faktor daripada pelbagai lagi faktor dalam menjadikan sesebuah blog mesra blog.

Antara faktor lain yang perlu anda terapkan ialah:-

1. Artikel blog yang berkualiti, menarik dan juga asli

Bermaksud, artikel anda mestilah tidak kurang dari 350 patah perkataan serta artikel yang asli hasil tulisan anda sendiri, bukan di copy paste dari blog-blog lain. Artikel yang bagus kebiasaanya melebihi 600 patah perkataan.

2. Keyword yang tepat

Penggunaan keyword yang tepat juga memainkan peranan yang besar dalam menjadikan sesebuah artikel anda mesra seo. Pastikan anda menggunakan keyword yang tepat serta tidak terlalu mengulang keyword yang sama dengan terlalu kerap. ianya sedikit sebanyak mengganggu keaslian artikel tersebut.

3. Penggunaan perenggan pada artikel

Ianya juga merupakan antara salah satu faktor dalam menjadikan artikel atau blog anda mesra seo. pastikan artikel anda menggunakan perenggan dengan lebih kerap dan tidak terlalu panjang pada satu-satu perenggan. Pembaca juga akan lebih selesa bila membaca artikel anda. Selitkan juga keyword anda pada perenggan-perenggan tersebut.

4. Penggunaan Alternate @ Alt pada gambar

Pastikan setiap gambar yang anda gunakan di dalam artikel di blog dimasukkan alternate pada gambar tersebut. Ini kerana pihak Google juga menggunakan gambar anda untuk menghasilkan carian di blog.  Caranya seperti ini:-

klik gambar - pilih properties - masukkan keyword atau tajuk artikel anda di ruangan yang disediakan - selesai.

5. Tajuk artikel sama seperti keyword

Setiap artikel yang dibuat mestilah menggunakan tajuk yang sama seperti keyword yang anda fokuskan, seperti contoh:-

keyword - Contest Seo 2015
Tajuk Artikel - Contest Seo 2015 Kini Bermula

Disini anda boleh lihat penggunaan keyword relevan dengan tajuk artikel yang digunakan, salah satu faktor penting yang mampu menjadikan artikel atau blog anda mesra seo.

Dan, ada pelbagai faktor lagi yang boleh menjadikan blog atau artikel anda mesra seo. Apa yang aku kongsikan hanyalah sebahagian sahaja, namun anda boleh aplikasikan ciri-ciri ini di dalam blog anda. 

Sekiranya anda rajin,bolehlah jenguk-jenguk ke blog blogger HasrulHassan, Saimi Ramlan dan blogger-blogger lain yang lebih arif berkenaan SEO ini. Banyak artikel berkenaan seo yang mereka kongsikan di blog mereka.

Diharapkan dengan perkongsian ini, ianya sedikit sebanyak mampu membantu anda. 

17 Okt 2015

couch mode print story

Selepas TNX, Apa Nasib Program Jual Beli Link Yang Lain?

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sebelum ini blogger Titan ada menulis mengenai salah satu program buat duit dari blog yang sudahpun menutup operasi mereka, program yang dimaksudkan ialah TNX.net.

Ya, bagi mereka yang kenal dengan program ini, ianya adalah salah satu program yang agak menguntungkan pemilik blog. Program ini lebih kurang sama juga konsepnya dengan Text Link Ads, LinkWorth, Backlinks, Intellilinks dan lain-lain lagi.

Kalau nak senaraikan satu persatu memang banyaklah program yang berkonsepkan jual beli link di blog nie, kalau rajin, anda boleh cuba search di Google.

Selepas TNX, Apa Nasib Program Jual Beli Link Yang Lain?

Melihatkan pada perkembangan ini, aku tertanya-tanya, apa yang akan berlaku seterusnya dengan program berkonsepkan jual beli link ini. Dengan perubahan pihak Google sekarang yang sudah tidak mengambil kira Page Rank semua blog yang tersenarai di Google, sedikit sebanyak ianya mungkin menganggu perjalanan program sebegini.

Seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, kebanyakkan pengguna internet kini menjadikan telefon bimbit sebagai medium utama untuk melayari internet, jadi di situ aku nampak program pengiklanan seperti ini sukar untuk mendapatkan pihak advertiser.

Dengan kekuatan media sosial seperti Facebook pada masa kini, kebanyakkan advertiser kini memilih FB Ads sebagai medium pengiklanan utama perniagaan mereka, ditambah pula Instagram yang kini memperkenalkan Insta Ads, jadi mereka lebih mudah mendapatkan pembeli di serata dunia.

Walaubagimanapun, medium pengiklanan seperti Google Adsense, White Media, Innity, Unruly Media dan pelbagai lagi program yang berasaskan banner, video, masih lagi relevan pada masa sekarang.

Pihak mereka memang sudah sedia maklum dengan perkembangan semasa dunia internet ini, jadi kebanyakkan iklan dari program-program sebegini telah dinaik taraf supaya lebih mobile friendly, dan yang paling menguntungkan sudah semestinya pihak advertiser dan juga pemilik blog.

Jadi, berbalik pada program jual beli link di blog, aku pun tidak pasti sejauh mana program-program sebegini akan terus bertahan dalam industri pengiklanan ini. Apakah nasib yang sama akan terjadi pada program-program yang lain seperti mana terjadi pada TNX.net?

Sama-sama kita nantikan, andai apa yang berlaku pada TNX.net ini akan terus merebak ke program lain, yang rugi sudah semestinya pemilik-pemilik blog, tertutup sudah satu punca pendapatan di blog.

Sebagai seorang blogger, apa pandangan anda? 




p/s:- lagi ramai frust kalau program LinkWorth pun tutup juga macam TNX...huhu...

2 Okt 2015

couch mode print story

Contest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah, Tahniah Pada Semua Pemenang

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Seperti yang semua sedia maklum, pemenang-pemenang bagi contest Telekung Reehans Pilihan Muslimah telahpun diumumkan oleh blogger HasrulHassan yang mana kali ini blogger Hasrulhassan menjadi penganjur untuk contest ini.

Keputusan Contest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Blog ini tak berkesempatan pula nak turut serta memeriahkan contest SEO kali ini, maklumlah..dah lama betul aku tak update entri-entri baru kat blog ini, kelaut betul mood nak menulis blog. InsyaAllah, aku cuba turut serta dalam contest yang akan datang.

Okey, berbalik pada kisah contest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah tadi, aku ucapkan tahniah pada semua pemenang, dan seperti yang aku jangkakan, pemenangnya adalah bloggerlelaki. Menang dengan penuh bergaya nampaknya, haha... 

Memang semua sedia maklum rasanya, bila ada contest-contest SEO macam ini, blog bloggerlelaki tak pernah pulang dengan tangan kosong, mesti ada ada habuan tak kiranlah nombor satu ke, dua ke , ketiga ke, memang sentiasa ranking di search engine Google. SEO friendly betul blog dia, minta ilmu sikit bang.....huhu....

Tukar Layout Blog

Seperti yang anda semua perasan, blog ini telah pun bertukar layout yang baru. Ini memang merupakan cara dan gaya aku dari dulu lagi bila mood nak menulis blog hilang, jadi bila dah ada layout baru ini, agak berahi juga nak menulis balik. Harap-harap mood menulis ini kekal lebih lama sikit dari sebelum-sebelumnya..haha..

Banyak lagi setting dalam blog ini yang aku belum sempat tukar, jadi yang mana ada terkurang atau tak selesa bila membaca blog ini minta maaflah banyak-banyak ye, ada masa nanti aku try adjust yang mana perlu.

Apa-apapun aku ucapkan tahniah sekali lagi pada semua pemenang-pemenang contest anjuran blogger hasrulhassan kali ini. Ada masa kita jumpa dalam contest SEO yang akan datang, cita-cita aku nak beat blog bloggerlelaki, hasrulhassan dengan blog saimi ramlan...huhu....


22 Apr 2015

couch mode print story

Sejauh Mana Penghargaan Pada Blogger Dalam Program MSMW 2015

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sebelum ini blogger Hasrul Hassan dan Encik Titan ada menyentuh isu penganjuran Malaysia Social Media Week atau singkatanya MSMW di dalam blog mereka.

Isu yang mereka bawa ialah imbuhan yang patut blogger-blogger yang bertanding di MSMW ini dapat. Selain dari perjalanan program yang mungkin hanya mengeksploitasi para-para blogger di Malaysia tanpa adanya imbuhan yang setimpal membuatkan aku terpanggil untuk menulis entri ini.

Sejauh Mana Penghargaan Blogger Dalam Program MSMW 2015


Seperti yang kita tahu, ramai blogger yang menggunakan MSMW ini sebagai salah satu platform untuk menjenamakan lagi blog mereka supaya lebih dikenali terutamanya apabila berjaya memenangi anugerah yang ditawarkan pada program tersebut.

Ya, aku tak nafikan kelebihan program ini adalah penjenamaan blog kita yang akan lebih dikenali sekiranya berjaya meraih anugerah yang ditawarkan, tetapi kalau boleh berilah sedikit imbuhan pada pemenang-pemenang ini, bukan sekadar trofi dan sijil sahaja.

Ada blogger yang datang dari jauh, mungkin dengan adanya sedikit imbuhan berbentuk wang tunai, dapatlah cover sedikit kos perjalanan mereka. Aku ada terfikir beberapa cadangan mengenai imbuhan yang patut blogger-blogger yang menang anugerah ini dapat, ini hanyalah pandangan peribadi aku sahaja. Apa kata pada penganjuran tahun akan datang, pihak penganjur tawarkan kepada pemenang......

  • Imbuhan berbentuk wang tunai, tak mintak banyak pun, RM300 dah ok kot?
  • Peluang menjadi penulis jemputan dalam majalah-majalah yang ada di Malaysia ini mengikut kategori pemenang. Contohnya kalau kategori sukan, blog Guli Roket Encik Titan menang, bagi dia kontrak jadi penulis jemputan dekat majalah sukan selama setahun ke, setengah tahun ke, tak perlulah mintak banyak pun sumbang artikel, sebulan satu artikel pun dah cukup memadai. Jadi, blogger yang menang nie akan dapat lebih banyak lagi peluang mereka kukuhkan jemana blog masing-masing.
  • Dapat kontrak pengiklanan mengikut kategori pemenang, letaklah berapa harga pun untuk satu-satu tempoh, mana tahu ada blogger yang berminat, tapi pastikan benda itu setimpalah.
  • Jemputan jadi speaker dalam mana-mana program bersama blogger, ini pun satu peluang baik untuk blogger lebih dikenali.

Sejujurnya, ini hanyalah pandangan peribadi aku sahaja, mana tahu dengan adanya imbuhan berbentuk seperti ini akan lebih menarik lagi minat blogger-blogger kita untuk sama-sama meriahkan lagi program MSMW pada tahun-tahun akan datang, kalau dah namanya penganugerahan dan penghargaan buat blogger, apa salahnya masukkan ganjaran-ganjaran yang macam nie kan? 

Aku harap pihak penganjur akan lebih memikirkan pulangan yang setimpal buat blogger-blogger yang bertanding, bukan niat aku nak kondem mereka, cuma penambahbaikan bagi menaikkan lagi imej blogger-blogger kita dan secara tak langsungnya program MSMW ini akan lebih mendapat perhatian dari blogger dan pengamal media sosial di Malaysia ini.