17 Okt 2015

couch mode print story

Selepas TNX, Apa Nasib Program Jual Beli Link Yang Lain?

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sebelum ini blogger Titan ada menulis mengenai salah satu program buat duit dari blog yang sudahpun menutup operasi mereka, program yang dimaksudkan ialah TNX.net.

Ya, bagi mereka yang kenal dengan program ini, ianya adalah salah satu program yang agak menguntungkan pemilik blog. Program ini lebih kurang sama juga konsepnya dengan Text Link Ads, LinkWorth, Backlinks, Intellilinks dan lain-lain lagi.

Kalau nak senaraikan satu persatu memang banyaklah program yang berkonsepkan jual beli link di blog nie, kalau rajin, anda boleh cuba search di Google.

Selepas TNX, Apa Nasib Program Jual Beli Link Yang Lain?

Melihatkan pada perkembangan ini, aku tertanya-tanya, apa yang akan berlaku seterusnya dengan program berkonsepkan jual beli link ini. Dengan perubahan pihak Google sekarang yang sudah tidak mengambil kira Page Rank semua blog yang tersenarai di Google, sedikit sebanyak ianya mungkin menganggu perjalanan program sebegini.

Seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, kebanyakkan pengguna internet kini menjadikan telefon bimbit sebagai medium utama untuk melayari internet, jadi di situ aku nampak program pengiklanan seperti ini sukar untuk mendapatkan pihak advertiser.

Dengan kekuatan media sosial seperti Facebook pada masa kini, kebanyakkan advertiser kini memilih FB Ads sebagai medium pengiklanan utama perniagaan mereka, ditambah pula Instagram yang kini memperkenalkan Insta Ads, jadi mereka lebih mudah mendapatkan pembeli di serata dunia.

Walaubagimanapun, medium pengiklanan seperti Google Adsense, White Media, Innity, Unruly Media dan pelbagai lagi program yang berasaskan banner, video, masih lagi relevan pada masa sekarang.

Pihak mereka memang sudah sedia maklum dengan perkembangan semasa dunia internet ini, jadi kebanyakkan iklan dari program-program sebegini telah dinaik taraf supaya lebih mobile friendly, dan yang paling menguntungkan sudah semestinya pihak advertiser dan juga pemilik blog.

Jadi, berbalik pada program jual beli link di blog, aku pun tidak pasti sejauh mana program-program sebegini akan terus bertahan dalam industri pengiklanan ini. Apakah nasib yang sama akan terjadi pada program-program yang lain seperti mana terjadi pada TNX.net?

Sama-sama kita nantikan, andai apa yang berlaku pada TNX.net ini akan terus merebak ke program lain, yang rugi sudah semestinya pemilik-pemilik blog, tertutup sudah satu punca pendapatan di blog.

Sebagai seorang blogger, apa pandangan anda? 




p/s:- lagi ramai frust kalau program LinkWorth pun tutup juga macam TNX...huhu...