Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Entri ini sebenarnya aku draft semasa sedang melayan game di antara Manchester United menentang Liverpool pagi tadi, tak tahu dari mana datangnya ilham untuk aku menulis entri ini, nak kata game malam tadi bosan tak juga, mungkin tengah-tengah pagi idea memang banyak datang rasanya. Apa-apa pun team pujaan aku Man Utd berjaya ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Capitol One selepas menumpaskan Liverpool 1 - 0.

Hari ini aku nak kongsikan pada anda semua program-program yang boleh anda sertai baik dari program PPC, CPM, Media Buying mahupun yang lain-lain. List nie sebenarnya memang dah lama aku simpan, cuma tak ingat langsung yang aku ada list nie, bila buka balik fail-fail lama barulah aku jumpa list program buat duit dari blog ini, boleh tahan banyak juga program buat duit yang ada di internet nie, kalau anda rasa anda larat dan layak nak join semua memang takde masalah, cuma jangan sampai iklan lagi banyak dari entri sudah, takut orang rimas nak membaca di blog kita.
So pada anda yang rasa kecewa dengan ' N ' bolehlah cuba program-program di bawah nie, tapi bila melibatkan program-program luar nie, anda haruslah memiliki akaun Paypal, bukan semua program yang menggunakan Paypal sebagai medium pembayaran, tapi biasalah bila anda cakap anda nak buat duit dari internet, anda seharusnya ada akaun Paypal.
Ini merupakan antara program yang boleh anda sertai, dah cukup banyak aku rasa. so take a look.
Mungkin ada sesetengah program di atas sudah tidak wujud lagi, maklumlah nie pun list lama, list update untuk tahun Mac 2012. Jadi apa tunggu lagi, setup niche blog banyak-banyak kemudian join program-program nie, InsyaAllah ada yang membuahkan hasil nanti, usaha tangga kejayaan...... kan??.