Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Blog berbahasa Inggeris sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan pada anda jika kena dengan cara dan gayanya. Berbeza dengan blog bahasa Malaysia, blog inggeris mempunyai target pembaca yang lebih luas merangkumi seluruh dunia. Andaikan anda mampu menarik 1% sahaja dari pengguna internet seluruh dunia, bayangkan berapa ramai pembaca blog kita, itu baru 1%, kalau 10%?
Pulangan lumayan yang aku maksudkan disini ialah pendapatan yang berjaya dijana melalui program pengiklanan contohnya seperti Adsense. Program Adsense ini sendiri dibina untuk membantu para peniaga yang beriklan dengan Google, dan seperti yang anda semua maklum, kebanyakkan pengiklan datangnya dari negara barat sana kerana mereka tahu target prospek mereka lebih besar merangkumi dari seluruh dunia.
Jadi, iklan adsense di dalam blog inggeris ini lebih berkesan berbanding blog bahasa Malaysia. Bukan nak kata yang blog kita ini tidak mampu menjana pendapatan dengan adsense, cuma nilai pulangan yang diperolehi itu mungkin berlipat kali ganda dengan apa yang kita dapat sekarang melalui blog bahasa inggeris.
![]() |
| salah satu nilai CPC yang terhasil melalui blog niche Inggeris aku... |
Setakat ini nilai cpc yang aku dapat melalui blog ini hanyalah sekitar $0.20 sahaja, berbeza dengan blog inggeris aku yang mampu mencecah $0.70 untuk setiap click. Rekod setakat ini yang aku berjaya dapat untuk satu click ialah $3.20, lebih kurang macam tulah. Jadi bagi aku blog inggeris ini lebih besar pulangannya buat kita.
Tahukan anda pemilik laman web eHow.com, Courtney Rose menjana $675,000 sebulan melalui program Adsense. Dianggarkan laman web beliau menerima 4,770,000 pelawat setiap hari. Peter Cashmore juga merupakan antara yang berjaya menjana ratusan ribu usd dengan Adsense melalui laman webnya Mashable.com.
Tetapi, untuk menjana pendapatan melalui blog bahasa inggeris ini, satu faktor terbesar yang perlu anda ambil tahu ialah persaingan yang sangat-sangat sengit dari blogger-blogger luar. Bukan mudah nak menyelit masuk dalam dunia blogging mereka, banyak sangat saingan yang ada. Kalau nak masuk dalam niche "Make Money Online" memang ada mustahil sikit, sebab kalau anda lihat nilai carian di Google dah mencecah 2 bilion, banyak tu. Sebaik-baiknya cari niche yang kurang persaingan dan tinggi nilai carian.
InsyaAllah, jika anda lakukan dengan betul dan kena pada gayanya, anda mampu meraih seperti nama-nama besar yang disebutkan tadi, semuanya bergantung pada diri kita sendiri. InsyaAllah......
p/s:- dah lama tak menulis, sibuk dengan kerja...
In Adsense , Blogging , Buat Duit Dengan Menulis

memang betul kalau kena dengan caranya memeng boleh baut duit... tapi caranya bagaimana? hehe
BalasPadamcaranya? salah satunya setup blog forum untuk IM dan blogger luar sana..... InsyaAllah akan ada pengikutnya nanti...tetapi bukan dalam masa yang singkat.....
PadamBlog Bahasa Inggeris terlampau banyak saingan.
BalasPadamitu yang pasti....
Padamceh gua takde adsense lagi rupanya
BalasPadamniche dalam web English language-based dah jadi sempit.. hihi
BalasPadamNak mengarang dalam bahasa inggeris tak pandai.
BalasPadambahasa inggerris tak strong!
BalasPadam