Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Ini merupakan entri yang pertama untuk tahun 2014 ini. Belum terlambat juga untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014, semoga tahun ini akan lebih membawa kejayaan buat anda di dalam dunia blogging ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, azam aku tahun ini masih lagi sama iaitu untuk menjana lebih pendapatan dengan blog. Jika tahun 2013 blog ini berjaya menghasilkan pendapatan melalui medium pengiklanan, affiliate, program ppc, aku harap tahun ini blog ini akan lebih bertambah baik baik dari segi pendapatan mahupun isi kandungan blog ini sendiri.
Melihatkan pada perkembangan dunia blogging sekarang, setiap hari semakin banyak blog baru yang wujud di laman maya ini, cabaran dalam dunia blogging semakin hari semakin sengit. Pihak pengiklanan pula tentunya akan lebih berhti-hati dalam memilih blog. Syarat-syarat untuk diterima masuk juga akan lebih diperketatkan bagi mencari hanya blog-blog yang berkualiti sahaja ke dalam program mereka. Dengar cerita program Adsense semakin mengetatkan syarat-syarat bagi blogger untuk sertai program mereka, kalau benar memang susah sikitlah blogger-blogger kita nak lepas masuk dalam program Adsense ini. Syarat yang sebelum ini pun masih ramai lagi yang belum berjaya. Namun, aku sentiasa harapkan yang terbaik dari anda semua untuk terus berjaya.
Buat Duit Dengan Menulis, bunyinya seakan-akan sama sahaja maksudnya dengan buat duit dari blog, namun sebenarnya Buat Duit Dengan Menulis ini lebih luas skopnya. Ianya bukan hanya sekadar menulis blog, malah anda boleh menghasilkan pendapatan dengan menulis buku, ebook, panduan, tutorial, resepi masakan, dan lain-lain lagi. Hasil penulisan anda juga boleh di wujudkan dalam bentuk fizikal dan juga digital, dan dari situ pendapatan anda akan terhasil melalui jualan. Perkara pertama untuk anda berjaya ialah mempelajari teknik-teknik penulisan yang baik yang mampu menarik minat pembaca anda. sekiranya ini mampu anda kuasai, InsyaAllah rezeki anda dalam dunia penulisan amatlah luas.
Dunia penulisan ini sememangnya mampu menjana pendapatan buat anda, ramai penulis ebook di negara kita yang menghasilkan pendapatan berlipat kali ganda hanya dengan menghasilkan satu ebook sahaja. Masih luas lagi sebenarnya dunia penulisan di Malaysia, cuba usaha dan tawakal, pelajari teknik penulisan yang betul, InsyaAllah anda mampu berjaya.
p/s:- dah masuk tahun ke-2 domain bicarablogger.com ini, semakin bersemangat aku... :-)
In Adsense , Blogging , Buat Duit Dengan Menulis , Buat Duit Online
Ya. Memang leh wat duit dengan menulis ni. Janji kena usaha lebih la.
BalasPadamyup...betul tu....kena rajin sikit...
BalasPadamBuat duit dengan menulis - dulu saya menulis di Readers Digest - hantar enteri menulis untuk duit... Sekarang blog pun boley. Tapi dulu nampak hasil penulisan berkualiti dibayar dengan harga yang berkualiti :)
BalasPadamsekarang ni dalam proses mempelajari dalam penulisan.
BalasPadamsentias cuba dan cuba mengasah skil untuk buat duit daripada menulis
BalasPadam