31 Dis 2013

couch mode print story

Payment Ke-2 Dari Yllix Media

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Alhamdulillah, bila dah lama tak online, masih ada juga rezeki  untuk aku apabila program Yllix Media yang pernah aku ceritakan dalam blog ini pada entri yang lepas membayar aku untuk kali yang kedua. Sebelum ini aku telahpun mendapat bayaran pertama dari mereka setelah hampir dua minggu aku join program mereka. 


Melihatkan pada jumlah bayaran yang aku terima, amaun kali ini agak rendah berbanding sebelum ini, mungkin faktor trafik dari blog memainkan peranan penting dalam menghasilkan pendapatan dari Yllix Media ini kerana blog ini sekarang sudah tidak memaparkan lagi iklan dari Yllix Media bagi memberi ruang iklan Komli pula. Iklan dari Yllix Media ini aku letakkan pada blog-blog aku yang lain yang mana trafik blog tersebut tidaklah sebaik blog ini. Nak letak banyak sangat iklan dah naik rimas pula aku tengok, apatah lagi anda yang membaca blog ini lagilah rimas, jadi lebih baik kekalkan iklan yang ada sekarang ini, jangan tamak-tamak, kalau ada rezeki InsyaAllah....

Pada yang berminat nak join Yllix Media ini, boleh rujuk entri aku di sini. Alhamdulillah, di penghujung tahun 2013, blog ini masih terus memberikan hasil buat aku, dan aku harap tahun 2014 income dari blog ini akan lebih meriah lagi. pada rakan-rakan yang lain teruskan usaha anda untuk tahun baru ini, semoga berjaya!








p/s:- Al-Fatihah untuk rakan blogger kita Shaharil.com yang meninggal dunia semalam, semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya, Amin......




2 ulasan :