Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Ketika aku menyemak akaun email aku pagi tadi, manalah tahu ada payment masuk ke akaun paypal aku ke, aku tertarik dengan sebuah email dari pihak Maybank yang memberitahu bahawa mereka kini dalam proses menaik taraf sistem sekuriti mereka. Kebetulan pula aku memang memiliki akaun Maybank, jadi aku teruskan membuka email tersebut.
Ternyata dugaan aku tepat, ianya merupakan salah satu bentuk penipuan email yang meminta mangsa mereka memasukkan id beserta kata laluan pengguna bagi membolehkan mereka mengakses masuk ke akaun bank mangsa. Yang menariknya, email ini dikirimkan dalam bentuk pdf documents. Bagi mangsa yang kurang peka dengan keadaan ini, mereka mungkin menjadi salah seorang mangsa penipuan email ini.
Mudah sahaja sebenarnya kita nak bezakan email scam ini. Seperti yang anda lihat pada gambar diatas, link tersebut keluar apabila kita menghalakan cursor ke link bewarna biru yang diberikan. Berbeza benar dengan link yang diberikan. Jadi sememangnya ia satu penipuan. Namun, sebaik-baiknya anda menelefon pihak bank sendiri untuk mendapatkan lebih kepastian.
Aku percaya ramai diluar sana pernah menerima email seperti ini, pesanan aku, jangan mudah terpedaya dengan isi kandungan email tersebut kerana ianya memang terbukti satu penipuan. Elakkan diri anda dari menjadi mangsa penipuan di internet.
In Info , Umum
