25 Okt 2012

couch mode print story

Denaihati.com Kini Dalam Aplikasi Android


Selamat datang ke blog Blogger Theory. Sebut sahaja blog denaihati, mesti ramai yang dah tahu akan kehebatan blog ini. Dengan rakan setia Denaihati Network mencecah 74,250 orang aku harap yang aku juga mampu menjadi seperti blogger denaihati ini. 

Pertama kali aku membaca di blog denaihati ini, aku dapat lihat hasil penulisan yang bagi aku patut dicontohi oleh semua blogger diluar sana. Banyak ilmu yang disampaikan oleh penulis yang boleh dijadikan rujukan bagi seorang penulis blog. Dan yang terbaru, Denaihati.com kini sudah mempunyai aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma bagi mereka yang menggunakan telefon pintar Android.

Satu perkembangan yang cukup positif bagi blogger Malaysia. Ini juga memudahkan pembaca blog denaihati. Dengan dunia blogging yang semakin mencabar, aku harap akan lebih ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah blogger hebat ini.

Bagi yang ingin memuat turun aplikasi Denaihati, bolehlah dapatkan di Google play.