9 Ogo 2012

couch mode print story

Promosi Raya vs Wanita


Selamat datang ke blog Blogger Theory. Hari ini 20 Ramadhan 1433, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melengkapkan ibadah puasa di bulan yang penuh kemuliaan ini. Moga segala amal ibadah kita diterima olehNya. Dengan Syawal yang bakal menjelang pastinya kita sibuk menyediakan pelbagai persiapan untuk beraya nanti. Mungkin ini merupakan kesempatan terbaik bagi kaum-kaum hawa untuk membeli belah. Dengan pelbagai promosi yang sedang berlangsung sekarang di kebanyakkan pusat membeli-belah, sudah semestinya ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Sering kali kita terdengar soalan yang sering bermain difikiran semua lelaki, kenapa golongan hawa ini  suka sangat bershopping. Blogger theory betul-betul tertarik dengan jawapan ustaz Azhar Idrus mengenai persoalan nie....

Soalan:

"Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tapi beli jugak'

Jawapan: 

Wanita macam budak-budak...suka sangat membeli..contohnya budak-budak, pantang tengok mainan terus je nak,padahal mainan dah banyak kat rumah...macam juga wanita, padahal baju,kasut banyak dalam almari yang tak pakai lagi..nak beli lagi..wanita memang suka tengok benda yang cantik.. MEMANG TUGAS SUAMI CARI DUIT, ISTERI HABISKAN DUIT..kalau bukan isteri yang habiskan duit, siapa lagi...kalau bukan isteri,siapa lagi yang nak beli periuk,kuali,dan lain-lain...SUAMI JANGAN MARAH..ISTERI BESAR JASANYA..tolong beranakkan anak, jaga anak-anak, tolong basuh baju kita,tolong masak,kemaskan rumah, dan sebagainya...

Apa pandangan anda? Setuju tak jawapan yang diberikan. Komen anda.....