Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Macam pelik pula tiba-tiba aku buat entri tentang Khasiat dan Kebaikan Madu Kelulut ini kan?, jauh dari topik blog ini yang selalunya berkisahkan entri buat duit dengan blog atau yang berkaitan denganya.
Idea nak menulis entri ini sebenarnya hadir selepas aku berpeluang melawat tapak Projek Madu Lebah Kelulut yang diusahakan oleh sebuah koperasi desa di negeri Melaka.
Entri ini secara langsung "mungkin" dapat membantu mereka yang ingin tahu akan khasiat madu lebah kelulut ini, secara tidak langsung pula, boleh rank untuk keyword Khasiat dan Kebaikan Madu Lebah Kelulut di halaman Google.
Baiklah, antara Khasiat dan Kebaikan Madu Lebah Kelulut ialah :-
- Meningkatkan metabolisma badan
- Merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman
- Membantu menyembuhkan penyakit asma/lelah
- Mengurangkan masalah resdung
- Menjaga kecantikan
- Meningkatkan tenaga batin
- Berupaya menurunkan glukosa
- Mengurangkan kerosakan fungsi ginjal
- Meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang menguatkan tulang melalui penyerapan
Kajian juga menunjukkan madu kelulut mempunyai asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas
Kelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi, antimikrob, antifungus dan antikanser. Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antitumor dan antioksidan untuk diserap dalam tubuh manusia.
![]() |
| sesi penerangan oleh pengusaha Projek Madu Lebah Kelulut |
![]() |
| antara madu kelulut yang berjaya dikumpul dalam bekas khas |
![]() |
| tapak Projek Madu Lebah Kelulut |
![]() |
| sarang madu lebah kelulut yang dibina khas untuk memudahkan proses tuaian |
Permintaan dari pelanggan pula semakin tinggi terutamanya pada mereka yang telah mencuba sendiri madu lebah kelulut ini.
Pada anda yang rasa berminat hendak mendapatkan Madu Lebah Kelulut ini, boleh terus menghubungi aku di ruangan contact blog ini dengan subjek " Pembelian Madu Kelulut ".
Aku rasa samapi sini dulu entri untuk kali ini, insyaAllah kita bertemu dalam entri yang lain pula.
p/s : macam skema je ayat untuk entri aku kali ini kan? haha.....



