Memaparkan catatan dengan label MSMW 2015. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MSMW 2015. Papar semua catatan

22 Apr 2015

couch mode print story

Sejauh Mana Penghargaan Pada Blogger Dalam Program MSMW 2015

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sebelum ini blogger Hasrul Hassan dan Encik Titan ada menyentuh isu penganjuran Malaysia Social Media Week atau singkatanya MSMW di dalam blog mereka.

Isu yang mereka bawa ialah imbuhan yang patut blogger-blogger yang bertanding di MSMW ini dapat. Selain dari perjalanan program yang mungkin hanya mengeksploitasi para-para blogger di Malaysia tanpa adanya imbuhan yang setimpal membuatkan aku terpanggil untuk menulis entri ini.

Sejauh Mana Penghargaan Blogger Dalam Program MSMW 2015


Seperti yang kita tahu, ramai blogger yang menggunakan MSMW ini sebagai salah satu platform untuk menjenamakan lagi blog mereka supaya lebih dikenali terutamanya apabila berjaya memenangi anugerah yang ditawarkan pada program tersebut.

Ya, aku tak nafikan kelebihan program ini adalah penjenamaan blog kita yang akan lebih dikenali sekiranya berjaya meraih anugerah yang ditawarkan, tetapi kalau boleh berilah sedikit imbuhan pada pemenang-pemenang ini, bukan sekadar trofi dan sijil sahaja.

Ada blogger yang datang dari jauh, mungkin dengan adanya sedikit imbuhan berbentuk wang tunai, dapatlah cover sedikit kos perjalanan mereka. Aku ada terfikir beberapa cadangan mengenai imbuhan yang patut blogger-blogger yang menang anugerah ini dapat, ini hanyalah pandangan peribadi aku sahaja. Apa kata pada penganjuran tahun akan datang, pihak penganjur tawarkan kepada pemenang......

  • Imbuhan berbentuk wang tunai, tak mintak banyak pun, RM300 dah ok kot?
  • Peluang menjadi penulis jemputan dalam majalah-majalah yang ada di Malaysia ini mengikut kategori pemenang. Contohnya kalau kategori sukan, blog Guli Roket Encik Titan menang, bagi dia kontrak jadi penulis jemputan dekat majalah sukan selama setahun ke, setengah tahun ke, tak perlulah mintak banyak pun sumbang artikel, sebulan satu artikel pun dah cukup memadai. Jadi, blogger yang menang nie akan dapat lebih banyak lagi peluang mereka kukuhkan jemana blog masing-masing.
  • Dapat kontrak pengiklanan mengikut kategori pemenang, letaklah berapa harga pun untuk satu-satu tempoh, mana tahu ada blogger yang berminat, tapi pastikan benda itu setimpalah.
  • Jemputan jadi speaker dalam mana-mana program bersama blogger, ini pun satu peluang baik untuk blogger lebih dikenali.

Sejujurnya, ini hanyalah pandangan peribadi aku sahaja, mana tahu dengan adanya imbuhan berbentuk seperti ini akan lebih menarik lagi minat blogger-blogger kita untuk sama-sama meriahkan lagi program MSMW pada tahun-tahun akan datang, kalau dah namanya penganugerahan dan penghargaan buat blogger, apa salahnya masukkan ganjaran-ganjaran yang macam nie kan? 

Aku harap pihak penganjur akan lebih memikirkan pulangan yang setimpal buat blogger-blogger yang bertanding, bukan niat aku nak kondem mereka, cuma penambahbaikan bagi menaikkan lagi imej blogger-blogger kita dan secara tak langsungnya program MSMW ini akan lebih mendapat perhatian dari blogger dan pengamal media sosial di Malaysia ini.