Memaparkan catatan dengan label Lima Jenis Produk Laris di Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lima Jenis Produk Laris di Facebook. Papar semua catatan

31 Jan 2015

couch mode print story

Jualan Tanpa Henti Di Facebook Tanpa FB Ads

Pada masa kini, ramai peniaga mula menjadikan Facebook sebagai medium utama untuk mempromosikan produk masing-masing. Situasi ini dapat dilihat hampir setiap masa di wall Facebook kita yang mana kebanyakkan status yang diupdate lebih kepada mepromosikan produk.

Kenapa ini berlaku? ini kerana konsep perniagaan di Facebook adalah berbentuk viral. Viral? ya, viral disini bermaksud status anda akan dapat dilihat oleh rakan kepada rakan anda sekiranya rakan anda memberi komen ataupun likes status anda. Cuba fahamkan dengan gambar dibawah:-

Jana Jualan Tanpa Henti Di Facebook Tanpa FB Ads

Kini anda sudah tahu apa itu viral, tetapi bagaimana untuk menjadikan status anda benar-benar menjadi viral di Facebook? Ya, anda boleh update setiap jam status anda, tetapi berapa ramai yang berminat untuk melihat atau memberi reaksi pada status anda? Ini merupakan perkara penting yang perlu anda ambil tahu.

Anda pilih FB Ads? ya, saya akui FB Ads antara tools yang mampu memberikan kesan viral pada perniagaan anda, tetapi berapa ramai yang mampu mengeluarkan kos iklan bagi perniagaan mereka secara konsisten? Anda perlu memahirkan diri dalam teknik FB Ads, sesuatu yang agak sukar bagi sesetengah orang.

Jadi, bagaimana caranya menjadikan perniagaan anda viral di Facebook tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar? Luangkan masa anda seketika menonton video dibawah ini:-


FB Viralism merupakan software yang mampu tingkatkan jualan produk dengan menggunakan kuasa pemasaran viral melalui Facebook. Ia mempunyai fungsi yang akan menyebabkan tawaran anda akan dapat dilihat oleh ribuan prospek dengan hanya buat kerja sekali.

" Tahukah anda syarikat-syarikat besar seperti Microsoft dan Coca-Cola menggunakan teknik ini bagi meningkatkan jualan syarikat mereka. "

Anda boleh lihat demo penggunaanya di ruangan ini. KLIK SINI

Sekarang, anda mempunyai pilihan yang lebih baik selain menggunakan FB Ads sebagai teknik promosi perniagaan anda, dengan kos iklan yang semakin meningkat, FB Viralism merupakan pilihan yang tepat buat anda.

19 Sep 2014

couch mode print story

Senarai Program Dropship, Affiliate Dan Pembekal Produk

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Ini merupakan entri susulan pada entri aku sebelum ini. Pada yang tak berkesempatan boleh baca disini.

Senarai Program Dropship, Affiliate Dan Pembekal Produk

Berniaga di Facebook sememangnya satu cara yang amat popular sekarang. Dengan jumlah penggunanya yang mencecah jutaan orang, tidak mustahil anda berjaya menjana jualan di Facebook.

Tidak semestinya anda memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan di Facebook pada masa kini. Di luar sana pelbagai program dropship yang boleh anda ikuti sesuai bagi anda yang tidak memiliki produk dan modal yang banyak.

Dengan dropship, apa yang perlu anda lakukan ialah mempromosikan produk peniaga lain mengikut harga yang anda tetapkan sendiri. Anda juga tidak perlu memeningkan kepala untuk menguruskan proses penghantaran produk kepada pembeli kerana ianya akan diuruskan sendiri oleh pihak pembekal.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan di Facebook, anda boleh memulakannya dengan menyertai program dropship yang ada di Malaysia.

Berikut merupakan program dropship yang boleh anda sertai:-

1. Shopievo
- Shopievo merupakan salah satu platform terbaru bagi anda untuk menjana pendapatan dengan program dropship. Yang menariknya, anda menjana pendapatan dalam USD!.



-Merupakan salah satu platform dropship yang dipercayai di Malaysia. Pelbagai barangan dan produk yang boleh anda promosikan di Facebook tanpa perlu menyimpan stok produk yang banyak.

3. MuslimNiaga.com
-Satu lagi laman web yang menyediakan program dropship untuk anda sertai. Seperti EdyMart.com, Muslim Niaga juga salah satu program yang dipercayai oleh peniaga online di Malaysia.

-MoonAbaya menyediakan program dropship bagi produk pakaian wanita. Pelbagai design terkini yang disediakan oleh pihak Moon Abaya selari dengan fashion masa kini.

-Di dropship.im, pelbagai produk kesihatan dan kecantikan yang boleh anda promosikan di Facebook. Daftar akaun anda secara percuma sahaja.

Selain program dropship, anda juga boleh menyertai program affiliate yang ada di Malaysia. Namun, untuk program affiliate, kebanyakkan produk yang disediakan adalah berbentuk digital bukan fizikal. Disini tiada proses pengeposan yang akan dibuat, setiap pembelian produk akan diberikan link download produk sahaja.

Untuk program affiliate, ebook merupakan salah satu produk yang mendapat permintaaan yang tinggi di luar sana. Pastikan anda mempromosikan ebook yang benar-benar berkualiti dan mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Antara program affilite tempatan yang boleh anda sertai ialah:-

-Klikjer.com menyediakan program affiliate yang boleh anda sertai secara percuma sahaja. Pelbagai jenis ebook pelbagai niche yang boleh anda promosikan di Facebook.

-Salah satu program affiliate tempatan bertaraf antarabangsa yang diusahakan oleh pakar Internet Marketer Malaysia iaitu saudara Gobala Krishnan. Pendaftaran juga percuma.

-AgenAffiliate salah satu program affiliate yang semakin meningkat naik sekarang. Salah satu produk mereka yang mendapat permintaan tinggi ialah JobDiRumah. Pasti anda pernah melihat iklannya di blog-blog bukan? Pendaftaran juga adalah percuma.

Sekiranya anda ingin menari pembekal dan pemborong produk, salah satu website yang boleh anda layari ialah Majalah.com. Di Majalah.com, terdapat ramai pembekal dan pemborong produk yang mengiklankan perniagaan mereka. 

Anda boleh memilih sendiri pembekal anda produk anda dalam pelbagai kategori. Pastikan anda selidik dahulu latar belakang pembekal dan pemborong di sana sebelum melakukan apa-apa transaksi. Ini bagi mengelakkan anda ditipu oleh orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas anda.

Ini merupakan antara sumber-sumber yang boleh anda dapat untuk memulakan perniagaan di Facebook. Banyak lagi sebenarnya yang boleh anda cari di Google, namun pastikan anda tidak di tipu oleh pihak lain.

Okay, dah boleh mula berniaga dah nie. :-)


p/s: semangat betul aku tulis entri kali nie.. ;-)

17 Sep 2014

couch mode print story

Lima Jenis Produk Laris di Facebook

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sekarang ini, semakin ramai yang berlumba-lumba nak berniaga di Facebook, lebih-lebih lagi bila dengar kisah kejayaan orang lain yang dah berjaya buat duit dengan berniaga di Facebook .

Lima Jenis Produk Laris di Facebook

Bagi aku ianya satu perkembangan yang positif buat kita semua yang mana ramai di kalangan remaja dan anak muda sekarang menjadikan Facebook sebagai medium menambah pendapatan buat diri sendiri mahupun keluarga. Selain itu, pengguna Facebook di Malaysia juga sudah terbiasa membeli belah di Facebook, jadi target pasaran juga sudah sedia ada.

Situasi ini sememangnya membuka peluang buat kita semua untuk menceburi bidang perniagaan di Facebook. Namun, masih ramai di antara kita yang masih lagi tidak mula berniaga di Facebook kerana tidak tahu produk apa yang hendak dijual, produk apa yang LARIS di Facebook serta sumber untuk mendapatkan stok produk tersebut.

Anda perlu ingat bahawa dalam dunia perniagaan, ianya bukan tentang "apa yang ingin kita jual", yang sebetulnya, "apa yang orang ramai hendak beli", fahamkan?

Baiklah, disini aku senaraikan Lima Jenis (Kategori) Produk Laris di Facebook:-

1. Pakaian ( terutama pakaian wanita)
- Semua sedia maklum, bila melibatkan barangan wanita, juallah apa sahaja sekalipun, pasti ianya mempunyai pembeli. Seperti contoh, jubah, tudung, baju kurung, dress dan pelbagai lagi.

2. Makanan Kering
- Contohnya seperti seperti rempah segera, serunding dan pelbagai lagi produk makanan kering.

3. Buku
- Buku merupakan antara produk yang laris di Facebook, lebih-lebih lagi topik yang mempunyai pasaran yang besar.

4. Produk Kesihatan
- Produk kesihatan ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti supplement, vitamin, dan sebagainya.

5. Produk Kecantikan dan Penjagaan Diri
- Tidak sah kalau produk ini tidak dijual di Facebook. Bila bercerita tentang kecantikan, semestinya ramai yang inginkan penampilan mereka menarik di khalayak ramai, jadikan produk kecantikan ini sebagai senjata utama perniagaan anda.

Sekarang anda sudah tahu jenis-jenis produk yang paling LARIS di Facebook, ambil peluang ini untuk anda memulakan perniagaan anda di Facebook.

Dimana pula tempat untuk mendapatkan stok produk-produk tersebut?

Jawapannya......

: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :


dalam entri yang akan datang.


Okay? :-)