Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sekarang ini semakin banyak program-program pengiklanan yang wujud di laman maya ini. Ini merupakan peluang yang baik bagi semua blogger diluar sana untuk menjana pendapatan dari blog.
Tetapi, bila dah ramai sangat blogger yang turut serta dalam sesuatu program contohnya Nuffnang, saingan bagi anda untuk mendapatkan Sponsored Post, Buffered Earning dan lain lain agak kuat. Ganjaran yang diterima juga tidak semeriah dulu. Kalau dulu hanya segelintir sahaja yang tahu tentang buat duit dari blog, kini boleh dikatakan semua orang yang ada komputer dan laptop ini sudah tahu bagaimana menjana pendapatan dari blog. Jadi, saingan memang amat kuat bagi blogger dalam dunia pengiklanan ini.
Salah satu pilihan terbaik bagi anda semua yang memang nak sangat buat duit online ini, Jual Beli Domain adalah salah satu pilihan yang baik. Dengan sekali pelaburan yang tidak sampai RM 40, anda mampu menjana pendapatan berlipat kali ganda.
Andaikan anda membeli satu domain dengan harga $10, kemudian anda jualkan domain tersebut dengan harga $300, disitu anda telah untung berlipat kali ganda. Bagaimana jika anda berjaya menjual sekurang-kurangnya 10 domain pada harga yang sama? agak lumayan juga pulangan yang anda dapat.
Jual Beli domain sememangnya mampu memberikan pulangan yang lumayan buat anda. Pelbagaikan sumber pendapatan anda di internet, InsyaAllah anda akan berjaya. Pada yang berminat untuk pelajari bagaimana menjadikan Jual Beli Domain ini sebagai sumber pendapatan anda, bolh lihat disini. Ebook percuma juga disediakan. Jual Beli domain