Memaparkan catatan dengan label Buat duit dengan ebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buat duit dengan ebook. Papar semua catatan

14 Mac 2014

couch mode print story

Buat Duit Dengan Ebook

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Ebook? Apakah yang dimaksudkan ebook? Ebook adalah singkatan daripada electronic book ataupun buku digital. Kos yang diperlukan untuk membina sesebuah ebook amat rendah dan boleh dikatakan tidak memerlukan kos langsung. Ebook dihasilkan dalam format PDF. Anda juga yang menetapkan harga bagi sesebuah ebook tersebut. 


Ramai IM diluar sana yang menjadikan ebook ini sebagai sumber pendapatan mereka di internet.Ebook yang berkualiti selalunya akan mendapat permintaan yang tinggi di internet. Lihat saja berapa ramai IM kita diluar sana yang menjana beribu-ribu ringgit dengan hanya menjual satu ebook sahaja. Contoh terbaik seperti saudara Suhaimy @ Shuth yang mana beliau menjana beribu-ribu ringgit dengan ebook yang dihasilkan oleh beliau.

Bagaimana pula dengan kita? Mungkin ada diluar sana yang berminat untuk menceburi dunia penulisan ebook ini. Anda boleh mula menghasilkan ebook anda jika korang betul-betul fokus pada bidang penulisan ebook ini. Apa yang paling penting untuk anda tahu adalah isi kandungan ebook itu sendiri.Adakah ianya betul-betul berkualiti atau sekadar untuk mengaut ribuan ringgit sahaja tanpa mementingkan kandungan ebook itu sendiri kerana ebook yang mendapat permintaan tinggi adalah melalui isi kandungan ebook tersebut dan juga melalui maklum balas pembeli ebook tersebut. Ini merupakan perkara yang paling penting sekali untuk menjalankan perniagaan ebook anda.

Pada masa sekarang anda tidak perlu risau bagaimana untuk menghasilkan ebook anda sendiri.Semuanya anda mampu lakukan sendiri. Yang penting anda sanggup belajar dan mengeluarkan sedikit kos untuk ilmu-ilmu tersebut. Tidak rugi untuk kita jika ianya ilmu yang bermanfaat. Jadi, tunggu apa lagi cuba hasilkan ebook anda sekarang dan mungkin ebook anda yang membantu anda menjana ribuan ringgit di dunia internet sekarang.