Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Agak lama juga masa yang aku ambil untuk update entri susulan daripada entri sebelum ini. Tajuk entri agak rare juga sebab macam best je kan dengar tajuk entri ini. Zaman sekarang semuanya melibatkan teknologi, sampaikan dah jarang kita nak jumpa orang pakai telefon yang ada keypad lagi, semuanya dah pakai touch screen.
Kalau dulu, balas mesej tak payah tengok telefon pun, terus send, takde nak check spelling bagai. Sekarang nie? hurmmm..siapa antara korang yang boleh taip mesej ke, whatapps ke atau yang sewaktu dengannya tanpa tengok telefon sekarang ini? sure macam-macam perkataan baru yang keluar. Jadi, kecanggihan teknologi kadang-kadang ada kekurangannya. Kalau dulu boleh taip tanpa tengok telefon, lain pula sekarang yang mana korang mesti tengok telefon kalau nak menaip dalam telefon itu kan?
Okay, macam dah lari dari topik utama pulak. Seperti yang aku janjikan pada entri sebelum ini, disini aku berminat nak kongsikan dengan korang semua bagaimana kita boleh buat duit dengan aplikasi yang sering kita gunakan pada telefon pintar. Kebanyakkan daripada korang semua mesti rajin install pelbagai aplikasi kan? pernah tak nampak iklan-iklan kecil yang muncul sewaktu korang buka sesuatu aplikasi dalam telefon korang?
Andaikan aplikasi yang korang bina itu berjaya menarik seramai 10,000 pengguna untuk muat turun ke telefon mereka, dan klik yang mungkin terhasil pada iklan-iklan itu pula dalam 10%, setiap klik pula boleh bagi korang paling sikit pun 0.05USD, agak-agak korang berapa income yang terhasil dari situ? macam meriah je kan?
Macam mana nak bina aplikasi telefon pintar?
Soalan yang sering ditanya oleh bos aku bila mana dia sibuk suruh aku bina aplikasi yang boleh lariskan sales company.
"Agak susah sikitlah bos, saya bukan pandai bab-bab teknologi nie" balas aku disusuli tindakan potong gaji 5% serta merta.
"Damn...."
Salah satu platform yang boleh anda gunakan untuk membina aplikasi telefon pintar ialah :-
AppsGeyser menyediakan kemudahan untuk korang membina aplikasi lawan web atau blog korang secara percuma sahaja. selain itu juga AppsGeyser juga menyediakan pilihan untuk publishkan aplikasi korang di Google Play, Amazon Market dan juga AppsGeyser Market sendiri.
Ada pelbagai pilihan yang boleh anda buat untuk membina aplikasi seperti :-

Setelah korang dah siap bina aplikasi korang, korang akan ditawarkan perkongsian pendapatan melalui iklan-iklan yang muncul didalam aplikasi korang nanti. Dari situ korang boleh mula menjana pendapatan dari aplikasi korang sendiri.
Selain itu juga, korang boleh promosikan aplikasi korang di StartApp yang mana StartApp merupakan platform Mobile Advertising. Jadi, pelbagai tempat yang boleh anda promosikan aplikasi anda.
Aku harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam menghasilkan pendapatan melalui aplikasi telefon pintar ini. InsyaAllah, kita jumpa lagi dalam entri yang akan datang pula. Jangan lupa kongsikan entri ini kalau korang rasa ianya bermanfaat buat korang semua.
p/s:- cisss, aku masih tak puas hati bab potong gaji tu......