Memaparkan catatan dengan label Aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku. Papar semua catatan

22 Apr 2015

couch mode print story

Sejauh Mana Penghargaan Pada Blogger Dalam Program MSMW 2015

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sebelum ini blogger Hasrul Hassan dan Encik Titan ada menyentuh isu penganjuran Malaysia Social Media Week atau singkatanya MSMW di dalam blog mereka.

Isu yang mereka bawa ialah imbuhan yang patut blogger-blogger yang bertanding di MSMW ini dapat. Selain dari perjalanan program yang mungkin hanya mengeksploitasi para-para blogger di Malaysia tanpa adanya imbuhan yang setimpal membuatkan aku terpanggil untuk menulis entri ini.

Sejauh Mana Penghargaan Blogger Dalam Program MSMW 2015


Seperti yang kita tahu, ramai blogger yang menggunakan MSMW ini sebagai salah satu platform untuk menjenamakan lagi blog mereka supaya lebih dikenali terutamanya apabila berjaya memenangi anugerah yang ditawarkan pada program tersebut.

Ya, aku tak nafikan kelebihan program ini adalah penjenamaan blog kita yang akan lebih dikenali sekiranya berjaya meraih anugerah yang ditawarkan, tetapi kalau boleh berilah sedikit imbuhan pada pemenang-pemenang ini, bukan sekadar trofi dan sijil sahaja.

Ada blogger yang datang dari jauh, mungkin dengan adanya sedikit imbuhan berbentuk wang tunai, dapatlah cover sedikit kos perjalanan mereka. Aku ada terfikir beberapa cadangan mengenai imbuhan yang patut blogger-blogger yang menang anugerah ini dapat, ini hanyalah pandangan peribadi aku sahaja. Apa kata pada penganjuran tahun akan datang, pihak penganjur tawarkan kepada pemenang......

  • Imbuhan berbentuk wang tunai, tak mintak banyak pun, RM300 dah ok kot?
  • Peluang menjadi penulis jemputan dalam majalah-majalah yang ada di Malaysia ini mengikut kategori pemenang. Contohnya kalau kategori sukan, blog Guli Roket Encik Titan menang, bagi dia kontrak jadi penulis jemputan dekat majalah sukan selama setahun ke, setengah tahun ke, tak perlulah mintak banyak pun sumbang artikel, sebulan satu artikel pun dah cukup memadai. Jadi, blogger yang menang nie akan dapat lebih banyak lagi peluang mereka kukuhkan jemana blog masing-masing.
  • Dapat kontrak pengiklanan mengikut kategori pemenang, letaklah berapa harga pun untuk satu-satu tempoh, mana tahu ada blogger yang berminat, tapi pastikan benda itu setimpalah.
  • Jemputan jadi speaker dalam mana-mana program bersama blogger, ini pun satu peluang baik untuk blogger lebih dikenali.

Sejujurnya, ini hanyalah pandangan peribadi aku sahaja, mana tahu dengan adanya imbuhan berbentuk seperti ini akan lebih menarik lagi minat blogger-blogger kita untuk sama-sama meriahkan lagi program MSMW pada tahun-tahun akan datang, kalau dah namanya penganugerahan dan penghargaan buat blogger, apa salahnya masukkan ganjaran-ganjaran yang macam nie kan? 

Aku harap pihak penganjur akan lebih memikirkan pulangan yang setimpal buat blogger-blogger yang bertanding, bukan niat aku nak kondem mereka, cuma penambahbaikan bagi menaikkan lagi imej blogger-blogger kita dan secara tak langsungnya program MSMW ini akan lebih mendapat perhatian dari blogger dan pengamal media sosial di Malaysia ini.








21 Apr 2015

couch mode print story

Template Blog Yang Lebih Mobile Friendly

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Alhamdulillah, sejak dari malam tadi sibuk mencari template baru untuk blog, akhirnya jumpa juga template yang berkenan di hati.

Banyak benda lagi yang perlu aku setting pada template ini,tetapi buat masa ini hanya ini sahaja yang mampu aku siapkan dulu kerana sibuk dengan kerja hakiki aku. Tapi rasanya macam dah okay je kan? haha...

Template Blog Yang Lebih Mobile Friendly


Aku pun dah tak ingat berapa kali blog ini dah berubah wajah dan layout, tetapi yang pasti perubahan kali ini adalah kerana Google!

Ya, pihak Google sekarang nie akan memberi keutamaan di ranking search engine mereka pada blog yang mobile friendly. Template blog aku sebelum ini agak kurang mobile friendly, jadi kenalah tukar bagi mengelakkan blog aku hilang dari search engine mereka.

Jadi sekarang nie, tak boleh nak harapkan blog kita cantik saja, kena ambil kira juga benda-benda teknikal macam nie. Sebelum ini pun Google dah umumkan yang projek open source Google Code mereka bakal ditutup, jadi anda semua kena semak balik dalam template blog masing-masing, takut terkena effect pada blog nanti.

Bercerita pasal google nie, sekarang nie pihak Google Adsense dah mula menerima bahasa melayu kedalam program pengiklanan mereka, satu berita gembira buat semua blogger-blogger Malaysia. Aku dengar ramai yang dah berjaya dapatkan akaun Adsense, tahniah aku ucapkan pada anda semua.

Pada yang masih belum berjaya lagi, jangan putus asa, boleh cuba mohon lagi. Tetapi, sebelum memohon akaun Adsense itu, pastikan blog-blog kita "bersih" dari segala benda yang boleh melanggar T&C Adsense. Anda boleh rujuk disini cara mudah mendapatkan akaun Google Adsense.

Mungkin ada kita tak perasan, ada di antara artikel-artikel lama kita di blog melanggar T&C mereka, penggunaan keyword dan tajuk artikel juga kena jaga-jaga sebab pihak Adsense nie sensitif sikit bila jumpa keyword yang bukan-bukan. Blog informasi dan viral agak berisiko sebab anda sendiri tahu keyword-keyword yang mereka gunakan untuk menarik pembaca.

Jadi, pada yang dah dapat akaun Adsense itu, jagalah baik-baik sebab bila dah kena banned nanti memang susah nak dapat balik, jadi beringat sebelum kena.

Okaylah, cukup setakat ini dulu, ada masa free karang aku update lagi, biasalah bila tukar template baru ini, feel dia lain macam sikit, asyik nak menaip je, haha...


17 Sep 2014

couch mode print story

Kisah Google Adsense

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sebelum ini, ramai blogger mula perasan yang iklan adsense tidak keluar di ruangan "homepage" blog, tetapi iklan adsense ini akan muncul seperti biasa di ruangan entri.

Aku tak pasti apa yang menyebabkan iklan adsense ini tidak muncul, mungkin kesan dari Panda 4.0, jadi berlaku sedikit masalah teknikal agaknya. Nampak macam masalah kecil, namun bagi mereka yang menjana pendapatan dengan adsense, ianya mungkin mengakibatkan berlakunya penurunan pada earning adsense mereka, rugi juga tu, blog aku pun tak terlepas dari masalah nie.


Aku ada cuba juga search kat google macam mana nak fix masalah adsense ads tak muncul nie, ramai yang kongsikan trick-trick supaya iklan adsense muncul seperti biasa, namun bila tengok trick-trick tersebut dah macam melanggar TOS adsense pulak, tak pasal-pasal kena banned dengan google nanti, rugi woo.... bukan senang nak dapat akaun adsense, lagi-lagi pada masa sekarang nie, jadi langkah terbaik adalah biarkan seperti biasa, mana tahu masalah nie mungkin sekejap saja.

Dan akhirnya, sejak dari semalam aku dah mula perasan yang iklan adsense kat blog-blog aku dah mula muncul seperti biasa terutamanya di ruangan hompepage blog, kiranya masalah iklan adsense yang tak muncul nie dah disettelkan oleh pihak google, selesai masalah.

Pada yang dah ada akaun adsense tue, jaga elok-elok jangan sampai kena banned dengan google, bila dah kena banned memang susahlah nak dapat balik akaun tue, bagi alasan macam mana pun google dah malas nak layan, jadi ingatlah sebelum kena.

Banyak cara dan sumber yang boleh kita gunakan untuk buat duit dengan adsense nie, InsyaAllah semuanya pasti membuahkan hasil walaupun ianya lambat.

14 Jul 2014

couch mode print story

Nak Berpindah ke Self Hosting Pula

Abstract computers keyboards men thinking sitting wallpaperSelamat datang ke blog Bicara Blogger. Entah kenapa sejak kebelakangan ini bila aku tengok sahaja blog ini, aku rasa macam nak berpindah ke self hosting pula. Tak tahulah kenapa, rasa macam ada satu perasaan yang kuat untuk aku bertukar ke platform Wordpress.

Bukan nak kata platform Blogger dari google ini tak bagus, cuma aku rasa macam dah patut kot aku tukar ke platform Wordpress. Lagipun, aku cuba menjenamakan semula blog aku ini dengan design dan layout blog yang baru, entri-entri "Buat Duit Dengan Blog" dan yang sewaktu dengannya merupakan niche aku untuk blog ini.

13 Mei 2014

couch mode print story

Bagaimana Menukar Nama Fanpage Facebook Melebihi 200 Like

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Kali ini aku nak minta pendapat korang semua. Berapa agaknya harga yang patut aku letakkan bagi sebuah laporan yang mungkin kurang dari 20 muka surat? adakah korang rasa laporan yang kurang dari 20 muka surat itu patut diberikan secara percuma sahaja? atau memang berbaloi untuk dikenakan bayaran?

Laporan yang aku maksudkan ialah "Bagaimana Menukar Nama Fanpage Facebook Melebihi 200 Like". Kiranya laporan ini macam mini ebooklah. Setelah beberapa kali aku mencuba, akhirnya aku berjaya juga menemui cara berkesan bagaimana korang semua boleh menukar nama facebook pages korang yang telah melebihi 200 like. Korang boleh lihat contoh yang mana salah satu facebook page aku yang melebihi 200 like berjaya diubah namanya.


Aku pasti ramai diluar sana yang masih lagi belum berjaya dalam hal ini. Aku pun pada mulanya macam korang juga, susah nak mencari cara menukar nama fanpage di fb ini. Aku dah cuba pelbagai-bagai cara terutama di Youtube, macam-macam tutorial yang aku tengok, namun hasilnya memang mengecewakan.

Sekarang, aku dah jumpa satu teknik yang boleh korang gunakan untuk tukar nama fanpage fb korang itu. Ramai ke yang berminat tentang tutorial  "Bagaimana Menukar Nama Fanpage Facebook Melebihi 200 Like" nie?

Kalau ramai yang berminat, aku ingat nak buka jualan untuk laporan ini. Pada yang berminat bolehlah bagi komen kat bawah ye, kalau memberangsangkan, bolehlah aku mulakan jualan. Okey, sudi-sudilah kongsikan entri ini dengan rakan-rakan anda, mungkin mereka juga berminat seperti anda. 








p/s: laporan masih belum prepare apa-apa langsung, hope ramai yang berminat.

20 Apr 2014

couch mode print story

Kembali Menulis....

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Okay, aku mengaku yang aku agak lama tak menjenguk ke blog ini, apatah lagi nak menulis entri baru. Sayang pula blog ini terbiar macam itu sahaja tanpa sebarang cerita-cerita terbaru. Ranking Alexa pun dah makin menurun aku tengok, trafik yang masuk ke blog ini pun dah mula berkurangan. Aduh, macam mana nak buat duit dari blog ini...


Tak perlu salahkan sesiapa pun dalam hal ini, yang salah diri sendiri, tak ambil peluang dan inisiatif sendiri nak update blog, bukan main malas lagi kan, jadi terimalah seadanya. Jadi pada korang yang rasa nak berjaya buat duit dengan blog ini, satu sahaja pesanan aku, FOKUS.

Pastikan korang boleh fokus pada blog korang sendiri, jangan selalu sangat biarkan blog tak diupdate macam blog aku ini. Dalam kes aku ni, medium blog ini aku jadikan sebagai pendapatan sampingan sahaja sebab aku mempunyai kerja hakiki, tak bergantung sepenuhnya pada blog. Lain pula pada korang yang bergelar full time blogger, bahaya kalau senang sangat hilang fokus menulis blog, sebab pendapatan korang terhasil dari blog korang sendiri, kalau rajin dapatlah banyak, kalau malas? sendiri fikirlah..

Bila dah hilang fokus menulis blog ini, aku selalunya akan menghabiskan masa melayari internet mencari bahan-bahan yang boleh aku jadikan panduan dan modal untuk menulis kembali. Bila dah bosan buat blogwalking, aku tengok pula youtube yang sememangnya aku akui mampu melekakan aku berjam-jam lamanya. Bila dah banyak info dan maklumat yang aku dapat, selalunya aku akan kumpul dan buat satu draft. Apa yang aku draftkan  itu lebih kepada point-point penting sahaja, jadi adalah juga modal baru untuk buat entri di blog nanti.

Jadi, selama beberapa minggu blog ini tak diupdate, mesti korang fikir banyak benda yang aku dapatkan? nak kata banyak tak jugalah, namun aku rasa sedikit sebanyak dapatlah berkongsi dengan korang semua. Salah satu perkara menarik yang aku dapat ialah bagaimana kita boleh menjana pendapatan dengan iklan di Apps dan games yang sering di download oleh pengguna telefon pintar seluruh dunia.

Macam menarik kan? kalau korang berminat hendak mengetahui bagaimana cara-caranya sila tunggu pada entri yang akan datang sebab aku rasa dah mengantuk sangat dah nie, nak mengangkat mata pun dah tak larat, apatah lagi nak menulis.

InsyaAllah jika tiada apa-apa, entri seterusnya aku akan berikan sedikit cara-cara dan sumbernya bagaimana kita boleh menjana pendapatan dengan iklan di Apps telefon pintar. Jadi, stay tune...................







p/s:- dah lama tak menulis, macam tak nak berhenti pulak..... :-)

7 Mac 2014

couch mode print story

Mengatasi Masalah Kekeringan Idea Menulis Blog

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesihatan yang baik olehNYA untuk aku meneruskan sehari lagi kewajipan aku di bumi Allah S.W.T ini. Jadi seperti biasa akan adalah entri terbaru yang akan muncul di blog ini.

Ya, agak lama juga aku tidak update entri-entri baru di blog ini, bukan sahaja di blog ini, blog-blog aku yang lain pun masih tidak di update lagi. Sibuk satu hal, idea nak menulis entri pun satu hal juga, pening nak memikir apa yang patut aku tulis dalam blog ini. 


Kalau nak ikutkan trending sekarang ini, memang ramai yang buat entri kes Hanez Suraya rampas suami orang, tapi takkan lah blog aku nie nak update entri macam tu pula, jauh dari niche utama blog ini. Jadi, aku cubalah cari satu entri yang lebih dekat dengan niche blog ini.

Aku pasti ramai dia antara kita semua yang selalu sangat kekeringan idea nak update entri terbaru di blog masing-masing. Bila dah tiada idea nak menulis blog, mulalah kita malas nak update blog, lama kelamaan blog terbiar begitu sahaja tanpa sebarang entri baru.

Bagi blogger separuh masa, kesibukan kerja mungkin menjadi salah satu punca blog tidak di update dengan kerap, jadi idea nak menulis tak selalunya ada sebab banyak benda yang perlu di fikirkan lagi. Berbeza pula dengan blogger sepenuh masa yang mana mereka ini memang menghabiskan masa menulis blog sentiasa, banyak masa dapat digunakan untuk membuat blogwalking bagi mencari idea-idea untuk menulis entri baru di blog, membaca berita-berita terkini di internet yang sememangya pantas.

Di sini aku kongsikan salah satu sumber yang boleh anda semua praktikkan bagi mengatasi masalah kekeringan idea dalam menulis blog. Pelbagai cara dan teknik yang dikongsikan dan salah satunya ialah menjadikan gambar sebagai bahan untuk menghasilkan entri. Membuat blogwalking juga dapat membantu menghasilkan entri baru di blog. Antara lainya anda boleh lihat di sini.

Itu sahaja untuk kali ini, aku nak cari idea lagi nak menulis dekat blog yang lain pula, blog aku yang ini dah sebulan rasanya tak update entri-entri baru, sayang pula rasanya. Sekian......






28 Feb 2014

couch mode print story

Rasa seronok bila dapat komen, tetapi....

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Aku yakin ramai di antara kita semua akan rasa seronok bila blog kita sering dikunjungi oleh pembaca setia setiap hari. Dan yang paling membuat hati kita berbunga-bunga bila menulis blog ini ialah apabila pembaca blog kita respond pada entri-entri yang kita tulis.

saya gembira bila awak komen di blog saya... :-)
Bagi blogger-blogger amatur seperti aku, aku rasa seronok bila ada orang yang memberi komen pada satu-satu entri yang kita sendiri hasilkan, rasa macam dihargai pula. Jadi semakin bersemangat nak menulis blog tiap-tiap hari.

Perkara ini mungkin nampak remeh pada sesetengah orang, tetapi pada blogger-blogger baru, ianya mampu membantu membakar semangat menulis blog mereka. Lebih-lebih lagi komen yang berunsurkan kata-kata semangat dan ucapan tahniah, memang betul-betul rasa dihargailah.

Namun, bukan semua komen yang kita dapat itu mengembirakan hati kita. Cuba lihat screenshot di bawah :-

tanpa nama atau lebih dikenali sebagai Anonymous
Minggu lepas, aku terima banyak komen spam yang masuk ke blog aku, tak tahu dari mana datangnya. Rasa macam diserang oleh spammer pula blog aku ini. Bukan sedikit tetapi hampir 20 komen spam yang masuk ke blog aku.

Semua komen yang masuk memang takde kena mengena langsung dengan entri. semuanya disertakan dengaan link-link ke blog, video dan juga produk affiliate, tension rasanya. Ingat betul-betullah orang komen dekat blog aku, rupa-rupanya spam, perghhhh.....

Kalau blog wordpress, mungkin boleh tapis komen spam ini dengan macam-macam plugin supaya tak lepas masuk ke ruangan komen, tetapi platform blogspot ini tak pasti pula aku nak setting macam mana. Ada siapa-siapa yang boleh berikan tips untuk block komen dari spammer dengan platform blogspot tak?

Apa-apa pun, pada korang semua yang sudi meninggalkan komen di dalam setiap entri aku di blog ini, aku ucapkan terima kasih, sekurang-kurangnya komen korang itu mampu membantu memberikan backlink ke blog korang semua.

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih.....