21 Jan 2015

couch mode print story

Tip Dapatkan Kembali Mood Blogging

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Aku pasti semua blogger pasti mempunyai masalah yang sama iaitu hilang fokus dan mood blogging pada masa-masa tertentu.

Ada blogger terpaksa ambil masa yang lama juga untuk dapatkan mood blogging itu balik. Macam aku, kadang-kadang kejap sahaja mood blogging itu hilang, ada juga sampai satu tahap berbulan tak update blog, memang hilang fokus betul.

Tip Dapatkan Kembali Mood Blogging

Jadi bagaimana hendak dapatkan kembali mood blogging? di sini aku kongsikan sedikit tip dan cara-cara yang aku praktikkan bagaimana nak dapatkan kembali mood blogging.

1. Selongkar fail gambar lama

Ini merupakan salah satu cara yang aku buat untuk dapatkan idea untuk entri baru di blog. Setiap gambar yang anda miliki semestinya mengingatkan kepada anda sesuatu perkara, jadi dari situ anda akan dapat hasilkan sebuah entri yang secara tidak langsungnya membuatkan anda menulis blog kembali.

2. Tukar layout/themes blog

Ini merupakan salah satu cara yang aku suka lakukan. Kadang-kadang sampai satu tahap aku mula rasa bosan dan kurang menarik bila tengok blog sendiri. Jadi bila, tukar layout blog anda, secara tidak langsung timbul satu semangat baru untuk kembali menulis blog.

3. Blogwalking

Salah satu cara yang ramai blogger-blogger lakukan untuk mendapatkan sedikit sebanyak idea dalam menghasilkan entri blog. Mood blogging ini hilang bila kita tiada idea nak hasilkan entri, jadi dengan blogwalking ini dapatlah membantu kita menghasilkan entri.

4. Sentiasa login akaun blog

Jika boleh, sentiasalah login ke akaun blog. Semak semua artikel-artikel lama anda, komen yang masuk ke blog, setting layout baru dan sebagainya. Dengan cara ini secara tidak langsung mood blogging anda akan kembali sedikit semi sedikit lebih-lebih lagi bila ada komen-komen baru yang masuk ke blog.

5. Diri sendiri

Jika cara-cara diatas tadi tidak mampu membantu anda mendapatkan kembali mood blogging, ianya bukan kerana orang lain tetapi tidak lain dan tidak bukan adalah diri sendiri. Hanya kita yang mampu ubah diri kita sendiri. Jadi, tepuk dada tanya selera....

Ini merupakan antara cara-cara yang aku praktikkan sepanjang aku menulis blog, mungkin ada diantara anda yang mempunyai cara tersendiri untuk mengembalikan mood blogging, terpulanglah pada diri anda sendiri, setiap orang ada caranya yang tersendiri bukan?

Okay, aku harap dengan tip-tip ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mengembalikan semula mood blogging yang dah jauh melayang, biasalah dunia blogging ini ada pasang surutnya ye tak? haha...

Okay, aku nak semak balik draft entri untuk contets seo Malaysia Best Blog 2015 pula, insyaAllah kalau semuanya okay, esok aku publishkan entri contest tersebut, kita lihat siapa pula blogger pilihan aku.

Dah....boleh sambung kerja masing-masing balik. :-)