9 Jan 2015

couch mode print story

Tahun Baru, Cabaran Baru, dan Masalah Copy Paste

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Alhamdulillah, masuknya tahun baru pada tahun ini bermakna genaplah tiga tahun usia blog ini. Baru sahaja renew domain beberapa hari yang lepas, tetapi yang kurang menariknya, kena renew pada harga yang agak tinggi berbanding kebiasaan.

Mana tidaknya, tarikh expired kena pula pada waktu ringgit malaysia tengah jatuh sekarang ini, jadi kenalah renew ikut nilai matawang semasa. 

tahun baru, cabaran baru
Tiga tahun bukanlah satu tempoh yang lama, bagi aku usia blog ini masih baru lagi, dan aku harap akan lebih banyak ilmu dan tip-tip blogging yang aku dapat kongsikan melalui blog ini.

Sepanjang blog ini diwujudkan, pelbagai program buat duit dari blog pernah aku kongsikan, jadi bagaimana? sudah berjaya menjana pendapatan dari blog? 

Ya, aku akui pada masa sekarang ini banyak sekali saingan dari blogger-blogger baru yang sudah sedar akan peluang buat duit dengan blog ini. Setiap hari kita boleh lihat begitu banyak blog-blog baru wujud terutamanya blog niche berita dan informasi. Jadi,wujud saingan sengit pada blogger-blogger lama. 

Tetapi satu, bila cerita tentang blog informasi ini, banyak yang aku jumpa adalah blog copy paste, bukan hasil tulisan mereka sendiri. Bukan apa, kalau boleh olah sedikit artikel tersebut supaya tidak nampak sangat di copy paste bulat-bulat, ini tidak dari awal sampai akhir perenggan, semuanya di copy paste tanpa rujuk kesalahan-kesalahan yang ada dalam artikel tersebut.

Tajuk entri memang gempak, lain dari yang lain tetapi isinya tetap sama dengan blog-blog yang lain. Kalau ya pun, bagilah kredit pada sumber artikel tersebut, sekurang-kurangnya tuan asal artikel dapatlah sedikit sebanyak trafik yang masuk ke blog anda, adalah sedikit penghargaan buat mereka.

Aku tak pasti sejauh mana masalah ini akan selesai, mungkin selagi mana relevannya dunia blogging , maka selagi itulah masalah copy paste ini akan berterusan.

Dengan tahun 2015 yang baru masuk hari kesembilan, aku harap masalah ini akan dapat diatasi walaupun hakikatnya semua blogger tahu. Kalau tak dapat 100% pun, at least 60% pun dah okay bagi aku. 

Anda pula bagaimana? apa pandangan anda dengan masalah artikel copy paste ini? ada jalan penyelesaian?