30 Nov 2013

couch mode print story

Senarai Program Dropship Di Malaysia

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sehingga ke hari ini semakin ramai pengguna-pengguna internet menjadikan bisnes online sebagai pendapatan sampingan buat mereka. Tak kurang juga yang menjadikan bisnes online ini sebagai pendapatan tetap buat mereka kerana yakin dengan potensi berniaga secara online. Seperti yang semua sedia maklum, berniaga secara online banyak kelebihannya berbanding berniaga secara offline. Antara faktor utama yang mendorong kepada perniagaan online ialah anda tidak memerlukan lot kedai untuk memulakan perniagaan anda. Dari situ anda tidak perlu runsing akan duit sewaan bangunan yang mungkin memerlukan hampir RM 1000 setiap bulan, di tambah pula dengan kos-kos lain seperti bil air, elektrik, gaji pekerja, sewaan lesen PBT, dan sebagainya.


Berbeza pula dengan perniagaan online yang mana anda hanya memerlukan sambungan internet, komputer dan sedikit kos-kos lain yang dirasakan perlu. Bagi meyakinkan pelanggan anda, daftarkan perniagaan anda di SSM untuk lebih dipercayai. Antara kelebihan lainya ialah pelanggan anda terdiri dari pelbagai negara dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu target area sahaja. 

Baiklah, bila bercerita perniagaan secara online, sebenarnya ramai peniaga-peniaga online ini menjadikan dropship sebagai model perniagaan mereka. Kerana apa? ini kerana sebagai ahli dropship anda tidak perlu untuk menyimpan stok, penghantaran produk dan sebagainya, apa yang anda perlu lakukan ialah mempromosikan barangan yang hendak dijual. Bagi yang masih kurang jelas dengan apa itu dropship, anda boleh rujuk entri terdahulu disini. Jadi disini aku senaraikan beberapa program dropship yang boleh anda sertai.


Tudung

Tudung2U menyediakan program dropship yang boleh anda ikuti secara percuma sahaja. Pelbagai koleksi tudung terkini yang disediakan oleh pihak mereka. Bagi anda yang berminat untuk berniaga tudung, ini merupakan satu peluang terbaik anda untuk mula berniaga secara online. Layari laman web rasmi mereka di tudung2u.com.my

Jubah

Jubah merupakan antara produk yang sering mendapat permintan yang tinggi, bagi yang berminat untuk berniaga jubah, anda boleh mengikuti program dropship yang disediakan oleh pihak MoonAbaya di moonabaya.com/dropship

Produk Kecantikkan/Pelbagai

Rizi Biz Shop turut menyediakan program dropship bagi mereka yang berminat berniaga secara online. Pihak Rizi Biz Shop menyediakan pelbagai jenis produk kecantikkan, kesihatan dan lain-lain yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Pendaftaran adalah percuma, selepas selesai mendaftar, anda sudah boleh mula menjual pelbagai-produk yang ada di Rizi Biz Shop. Anda boleh mendaftar di laman rasmi agen dropship mereka di rizi-biz.com/agen-dropshipper/

Handbag

Satu lagi produk yang sering mendapat perhatian ialah handbag wanita yang mana anda juga boleh menjualnya tanpa perlu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan stok-stok handbag tersebut dimana pihak Jualan Mega USA menyediakan program dropship bagi mereka yang berminat. Pada yang ingin menjadi gen droship mereka bolelah mendaftar disini.


Ini merupakan antara program-program dropship di Malaysia yang boleh anda turut serta untuk memulakan perniagaan secara online. Ada diantaranya percuma dan ada juga yang mengenakan bayaran ahli untuk sekali pembayaran sahaja. Buatlah pilihan yang bijak, yang mampu menjadikan anda seorang seller terbaik di dalam dunia perniagaan online. Aku harap ianya sedikit sebanyak mampu membantu anda.