18 Sep 2013

couch mode print story

Payment Ke-2 Dari Exabytes

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sebelum ini aku ada mendapat email dari pihak Exabytes Network yang menyatakan program 100 Bloggers kembali lagi. Memandangkan aku pernah turut serta dalam program mereka sebelum ini, jadi takde masalah rasanya kalau aku join program nie semula. Aku rasa ramai juga yang dapat tawaran dari Exabytes nie, cuma mungkin ada yang berminat nak turut serta dan mungkin juga yang langsung tak berminat nak join program nie sebab bayaran yang diberikan mungkin agak rendah bagi sesetengah pemilik blog. 


Bagi aku, semua program yang kita join nie lebih kepada menjenamakan blog kita pada advertiser kat luar sana, mungkin program nie bayaran dia sikit, manalah tahu satu hari nanti kita dapat lagi tawaran dari advertiser dengan bayaran yang lebih tinggi, bukankah rezeki namanya tu. Bila blog dah mula dikenali, makin banyak tawaran yang kita dapat nanti, InsyaAllah.

Seperti yang anda semua lihat, bayaran telahpun dikreditkan ke dalam akaun bank aku. Kali ini nampaknya pihak Exabytes tidak menggunakan bayaran melalui check lagi, mungkin leceh kot mereka nak hantar check ke rumah masing-masing, bayaran melalui bank tranfers lebih cepat dan mudah. Bayaran ini aku terima selepas sebulan aku letakkan iklan mereka di blog, jadi memang tentang bayaran tiada masalah langsung dengan pihak Exabytes nie, check masa mula-mula join program mereka pun sampai pada masa yang dijanjikan.

Pada anda yang rasa program-program macam nie bagus untuk penjenamaan blog, cuba-cubalah join program - program macam nie, InsyaAllah rezeki anda.