28 Ogo 2013

couch mode print story

Aplikasi Shopping Cart Untuk Facebook

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Semasa awal kemunculan Facebook, laman sosial ini menjadi satu fenomena luar biasa apabila menjadi laman sosial yang memiliki ahli teramai berbanding Twitter, MySpace dan yang lain-lain. Waktu itu aku pasti, ramai di antara kita yang terlalu leka sangat dengan Faceboook ini sampai tengah pagi pun masih lagi online. Semuanya sibuk chat, cari kawan lama dan update status tengah buat apa, makan apa, dan macam-macam lagi. Tak percaya?? cuba anda check balik post pertama status anda atau rakan-rakan anda di facebook, mesti ada.


Namun, sejak kebelakangan ini, facebook dilihat sebagai sebuah platform yang mampu menjana pendapatan buat orang ramai tidak kira peniaga ataupun orang biasa, yang penting ada akaun facebook, InsyaAllah rezeki anda untuk buat duit secara online berhasil, yang penting tahu cara dan langkah-langkahnya. Melihatkan kepada fenomena perniagaan di dalam facebook ini, pelbagai syarikat dari pihak ketiga berusaha menghasilkan satu aplikasi yang mampu membantu peniaga ini menguruskan kedai online mereka dengan lebih terurus, mudah dan selamat. 

muka hadapan shopping cart dari ecwid

Salah satu sistem yang aku rasa mudah dan senang untuk diuruskan ialah Ecwid, salah satu aplikasi dari pihak ketiga yang menyediakan aplikasi shopping cart untuk pengguna dan peniaga di Facebook. Ecwid ini boleh digunakan secara percuma namun, untuk kegunaan feature yang banyak, anda bolehlah mencuba akaun berbayar yang turut disediakan oleh pihak Ecwid.

Pada yang rasa lebih mudah menguruskan jualan menggunakan sistem shopping cart, aku cadangkan anda semua menggunakan aplikasi dari Ecwid ini. Ianya mudah dan senang diuruskan, yang paling menariknya pula ianya percuma. Feature percuma yang disediakan mereka juga aku rasa dah complete sangat, dengan pilihan pembayaran, sistem penghantaran yang kita boleh create sendiri, siap ada feature kos penghantaran lagi. Jadi gunakanlah kemudahan yang disediakan oleh mereka ini. Kalau anda masih selesa dengan sistem perniagaan yang anda kendalikan pada waktu ini, teruskanlah, tiada paksaan dari sesiapa pun, aku sekadar berkongsi.......