18 Jul 2013

couch mode print story

Bina XML Sitemap Untuk Pengguna Blogspot

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Pada entri sebelum ini, aku ada siarkan tutorial bagaimana membina responsive sitemap di blog masing-masing. Sitemap sememangnya amat penting buat setiap blog kerana ianya membantu blog kita supaya mudah diindeks dan dijumpai di search engine.


Di dalam tutorial sebelum ini, sitemap yang di bina itu menggunakan kod javascript, bukannya kod XML ataupun HTML yang biasa digunakan untuk membina sitemap. Ianya menyebabkan sitemap yang di bina itu hanya boleh dibaca oleh google namun tidak boleh dicrawler oleh engine carian mereka.
Sitemap hendaklah dalam XML atau HTML baru crawler dapat baca. Yang dalam tutorial tu menggunakan javascript -manusia boleh baca tapi pakcik Google tak boleh. Yang Google baca ialah hanyalah kod javascript tu.-GreenLava Gl 

Terima kasih kepada blogger GreenLava Gl atas tips dan info yang berguna ini. Jadi, untuk hari ini aku nak tunjukkan langkah-langkah bagaimana untuk kita membina XML sitemap bagi pengguna Blogspot.

1 - Langkah yang pertama, pergi ke http://ctrlq.org/blogger/ untuk membina sitemap anda. Seterusnya, isikan url blog anda diruangan yang disediakan, kemudian klik generate sitemap. 

2 - Selepas itu, copy kod XML yang telah di generate kemudian pergi ke Setting di dashboarb Blogger. Klik Search Preferences, kemudian klik edit pada Custom robots.txt. 

3 - Pastekan kod yang telah di copy tadi di dalam ruang yang disediakan. Klik Save. Selesai.

Jadi, disini anda telahpun berjaya membina XML sitemap untuk blog anda. Selepas itu, anda bolehlah submit sitemap ini ke Google Webmaster Tools. Semoga perkongsian aku kali ini dapat membantu anda semua.