6 Nov 2012

couch mode print story

Relevankah Lagi Program " Pay Per Click " ?


Selamat datang ke blog Blogger Theory. Sejak kebelakangan ini, sudah agak lama aku tidak update entri terbaru di blog ini. mungkin kerja hakiki aku sedikit sebanyak membataskan aku untuk update blog dengan lebih kerap lagi. 

Baiklah, entri kali ini aku nak tanya pendapat kalian semua, 
masih relevankah lagi program " Pay Per Click "? 
Sejujurnya, aku merasakan yang program seperti ini sudah tidak relevan lagi dengan dunia blogging yang semakin mencabar dan banyak saingan. Umum mengetahui setiap banner yang di pasang pada sesebuah blog adalah merupakan salah satu bentuk iklan pay per click yang mana tuan punya blog akan mendapat imbuhan atas setiap klik yang terhasil dari blog mereka. 

Sebagai contoh Adsense, Chitika, Innity, Nuffnang dan sebagainya, berapa ramai yang sudah mengetahui akan program seperti ini. Kebarangkalian untuk mereka klik pada setiap iklan ini adalah sangat tipis. Seperti di blog ini, jujur aku katakan sehingga ke hari ini, blog ini hanya menerima 9 klik sahaja menerusi iklan Nuffnang. Mungkin ianya berpunca dari aku atau sememangnya program sebegini tidak lagi relevan.


Untuk menghasilkan pendapatan buat setiap pemilik blog, satu perkara yang aku rasa mampu membantu ialah melalui program Pay Per Post. Ya, bagi aku ini merupakan antara alternatif terbaik bagi setiap blogger. Pemilik blog akan dibayar atas setiap entri yang ditulis mengenai pengiklan, dan yang lebih menarik pengiklan akan menyediakan entri tersebut untuk kita. Banyak program sebegini yang boleh kita ikuti seperti, Sponsor Reviews, Pay Per Post dan lain-lain lagi. Cuma untuk program sebegini, anda semuaa memerlukan sekurang-kurangnya sebuah blog dalam bahasa Inggeris. Kenapa? kerana realitinya ramai advertiser  datangnya dari negara barat sana, dan target list mereka pun dari sana juga.

Tidak dinafikan, ada juga diantara mereka yang berjaya menghasilkan pendapatan di blog mereka melalui program pay per click ini. Selagi ada pihak advertiser, selagi itu program pay per click ini akan terus berjalan dalam dunia maya ini. 

Ini hanyalah sekadar pandangan peribadi aku, mungkin ada di antara kalian yang kurang bersetuju dengan pandangan ini. Jadi aku ingin bertanya pada kalian semua, 

  • adakah hasil yang dijana menerusi program pay per click ini memenuhi kehendak kalian? 
  • adakah kalian juga merasakan yang program sebegini sudah tidak relevan lagi dengan dunia blogging sekarang?

Apa pandangan anda sebagai seorang blogger yang menginginkan blog anda menjana pendapatan buat anda.  kongsikan pendapat anda disini, mungkin ianya sedikit sebanyak membantu aku dan juga mereka yang lain menjana pendapatan dari blog.